Famili

[VIDEO] Ibu Terkejut Biji-Biji Kecil Di Jari Anak Merebak Sehingga Tercabut Kuku

55
SHARES

Sudah menjadi lumrah kehidupan, anak-anak kecil yang baru dilahirkan kadang kala diduga dengan ujian yang tidak disangka-sangka. Hanya kesabaran tinggi mampu diberikan oleh kedua ibu bapa selain turut mencuba pelbagai rawatan.

Sama seperti perkongsian di TikTok oleh seorang wanita bernama Hudson Wanie di mana dia menceritakan tentang sakit yang dialami oleh anak kecilnya itu.

Baca juga: Satu Badan Melecur, Video Anak Istimewa Disyaki Didera Di Pusat Kebajikan Tersebar

INGATKAN BIJI-BIJI KECIL BIASA SAHAJA

Video berdurasi tiga minit itu menceritakan tentang biji-biji kecil yang berlaku di tangan anaknya sehingga menyebabkan demam dan seakan-akan melecur. Biji-biji kecil itu juga akhirnya bernanah dan menyebabkan luka yang agak teruk.

Selain itu, jari-jari comel si kecil itu sudah mula berdarah sehingga menampakkan isi dagingnya itu. Lebih menyayat hati apabila dia terpaksa mengambil ubat setiap enam jam sehari dan perlu dikejut seawal jam enam pagi untuk makan ubat yang disediakan.

Tambah Wanie lagi, biji-biji kecil itu turut merebak keseluruh badan dan menyebabkan si kecil itu menangis teresak-esak menangung kesakitan dan kepedihan. Meskipun keadaan anaknya sebegitu namun ia tidak menghalang si cilik itu terus gembira dan menjalani kehidupan seperi kanak-kanak lain.

Lama-kelamaan penyakit itu turut menyebabkan kuku anaknya tercabut dan dimasukkan ke hospital untuk mengambil darah. Selepas turun hujan pasti ada pelangi. Begitu jugalah keadaan anaknya yang kini sudah pulih dan hanya tinggal bekas parut sahaja.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dan sebak melihat derita yang harus ditanggung si kecil yang tidak tahu apa itu. Mereka mendoakan agar Wanie dan keluarga sentiasa sihat dan bahagia.

Sumber: TikTok Hudson Wanie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×