Famili

[VIDEO] Ibu Arwah Nike Ardilla Peluk, Sebak Jumpa Gadis Mirip Wajah Anaknya…

2.7K
SHARES

Siapa yang tidak mengenali penyanyi popular Indonesia suatu masa dahulu bernama Nike Ardilla bukan? Sering membuaikan kita dengan lagu-lagunya yang hit dan meruntun jiwa, penyanyi ini meninggal dunia pada usia yang sangat muda iaitu 19 tahun.

Namun, kata orang di dalam dunia ini ada 7 orang yang mempunyai wajah seiras kita. Begitu juga dengan Allahyarham Nike Ardilla apabila muncul seorang gadis mempunyai wajah mirip sepertinya.

GADIS WAJAH MIRIP PENYANYI NIKE ARDILLA, IBU SEBAK

Selepas kehilangan anak gadisnya yang meninggal dunia pada usia 19 tahun, Nining Nigsihrat, ibu kepada Nike Ardilla tidak dapat menahan sebak apabila bertemu dengan seorang gadis mirip arwah lebih dua dekad kemudian.

Kongsi Kompas.com, ibu kepada penyanyi Indonesia, Allahyarham Nike Ardilla itu dilihat beberapa kali mengesat air matanya sambil menggenggam tangan gadis bernama Amel yang mirip arwah.

Menerusi video saat pertemuan mereka, Amel, gadis mirip Nike Ardilla, dirakam menyuap wanita warga emas itu yang sedang duduk di atas kerusi roda. Dia juga dilihat memeluk dan mengelap air mata ibu tua berkenaan menggunakan tisu bagaikan seorang anak melayani ibunya sendiri.

Kisah pertemuan bermula dari tepi jalan

Pertemuan Siti Aisyah Mardhiya Amalia (Amel) dengan wanita itu berlaku selepas gambar gadis itu ber’posing’ di tepi jalan menjadi tular di media sosial.

Lapor Tribunnews Maker, gadis itu telah didekati seorang jurugambar untuk dijadikan subjek fotografi bertemakan jalanan. Selepas berjalan di stesen MRT Dukuh Atas, lelaki berkenaan telah bertemu Amel bersama kakaknya yang sedang duduk sebelum mendekati mereka.

“Awalnya saya tawarkan kepada si kakak untuk mengambil gambar. Cuma dia tawarkan untuk mengambil gambar adiknya,” kata Taufik Akbar, jurugambar yang mengambil foto gadis tersebut.

@herdianz05pertemuan Amel dan Mamih teh Nike Ardilla ##nikeardilla ##miripnikeardila ##bintangkehidupan♬ suara asli – Herdi ZM

Sebaik sahaja Amel membuka topeng muka dipakainya, jelas Taufik, dia berasa terkejut melihat wajah gadis berkenaan.

“Wah, cik mirip Nike Ardilla,” ujarnya.

@herdianz05Balas @kokopeiji5 insyaallah katanya mau ziarah ke makam almh.teh Nike di Ciamis 😊 kita amiinkan dulu saja mudah-mudahan secepatnya 🙏♬ suara asli – Herdi ZM

Biarpun pada awalnya Amel menolak untuk dijadikan model, dia akhirnya bersetuju selepas dipujuk si kakak. Saat pertemuan Taufik dengan gadis itu telah dikongsikan di media sosial dan mendapat perhatian para pengikutnya.

Sumber: Tribun Timur, Tiktok @Herdianz05

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×