Famili

[VIDEO] “Elakkan Perkara Macam Ni..”- Sikap Tegas Ayah Tegur Anak Tepi Jalan Tarik Perhatian

1.9K
SHARES

Mendidik anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan pengaruh rakan sebaya pasti membuatkan ibu bapa lebih takut serta peka dalam membentuk peribadi mereka. Oleh itu, ada ibu bapa mendidik dengan cara lemah lembut dan ada juga yang memilih pendekatan untuk sedikit garang.

Hal ini dapat disamakan dengan video yang dikongsi oleh seorang ibu di laman TikTok di mana memaparkan sikap si ayah dalam mendidik anak. Video tersebut tular dan mendapat perhatian ramai.

Baca juga: “Adik Dah Janji Nak Bagi Agar-Agar Pandan Dekat Kawan-Kawan”- Anak ‘Request’ Suruh Ayah Buatkan

SIKAP TEGAS AYAH TEGUR ANAK TEPI JALAN TARIK PERHATIAN

Melalui video itu, Azie menjelaskan sebagai individu yang mengandungkan serta melahirkan, dia tidak sanggup dan sebak melihat anaknya ditegur dengan cara berhenti dan menegur anak lelaki mereka di tepi jalan.

Jelasnya juga, anak lelaki bernama Qayyum berdiri di tepi jalan dan berkaki ayam kerana menangis di dalam kereta sehingga menganggu konsentrasi ayahnya untuk memandu.

“Perasaan seorang mak tak sanggup tengok keadaan macam ni. Masa ni Qayyum buat perangai dalam kereta masa dalam perjalanan balik kampung. Dia boleh berhenti letak anak dekat tepi jalan,” jelas ibu Qayyum.

Menjengah ke video lain, setelah menegur Qayyum, lelaki itu memujuk anaknya semula dan mengelap air mata serta mendukungnya membawa masuk ke kereta.

“ELAKKAN PERKARA MACAM NI…”

Perkongsian video tersebut menerima kira-kira 3,000,000 penonton dan sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang mempunyai pelbagai pandangan namun ada juga bersetuju dengan cara tegas suami kepada wanita itu.

Ada juga yang memberi nasihat untuk tidak menggunakan pendekatan begitu kerana perasaan anak juga perlu difahami dan dihormati.

Sumber: TikTok Azie Rahimi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×