Famili

[VIDEO] Budak Lelaki Tangkap & Pegang Tikus Sebelah Tangan Tarik Perhatian Warganet

22
SHARES

Biasanya kanak-kanak pasti mempunyai ketakutan terhadap perkara tertentu seperti haiwan. Hal ini dianggap biasa kerana kanak-kanak belum mengenali tentang haiwan tersebut dan mereka beranggapan sesuatu yang asing sangat menakutkan.

Berbeza pula dengan seorang budak lelaki yang tular di media sosial Indonesia apabila berani memegang dan menangkap tikus sebelah tangan sahaja dan gelagatnya itu sudah tentunya menarik perhatian warganet.

Baca juga: Kucing Pun Ada Majlis Perkahwinan Tau, Siap Ada Kad Undangan Tetamu!

BUDAK LELAKI TANGKAP & PEGANG TIKUS SEBELAH TANGAN

Menerusi rakaman video oleh ibunya, jelas kelihatan si kecil itu tenang memegang tikus yang masih hidup dan bergerak tanpa ketakutan seperti kanak-kanak lain.

Wanita itu terkejut melihat apa yang dibawa oleh anaknya. Dia juga bingung kerana anaknya tidak takut dengan tikus.

@gimmeyourlastname_

“tadi bunyi tuk tuk tuk tuk” padahal bunyi nya cit cit cit🥲

♬ suara asli – indomieee – fahreza putra kalingga

“Dari mana datangnya?” tanya wanita itu.

“Dari situ,” jawab anaknya sambil menunjukkan ke arah dapur.

“LELAKI HEBAT…”

Meninjau ke video lain kanak-kanak lelaki tersebut ternyata memang gemar bermain bersama haiwan seperti ikan, kucing dan lain-lain. Perkongsian video tersebut menerima 16.3 juta tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang turut teruja melihat gelagat berani si cilik itu.

“Tikus itu boleh berpusing dan gigit jari. Dulu saya pernah kena gigit. Macam tu lah saya pegang, pada ekornya,” komen netizen.

Sumber: Fahreza Putra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×