Kini Trending

[Video] “Barang Bantuan Banyak Tapi Mangsa Tak Boleh Ambil, Nak Simpan Buat Apa?”

1.4K
SHARES

Seperti yang kita sedia maklum, musibah banjir yang melanda beberapa negeri masih belum surut sepenuhnya.

Ramai rakyat Malaysia berganding bahu dan mengumpulkan pelbagai jenis sumbangan untuk mangsa yang terjejas.

Masing-masing tidak mahu terlepas peluang menyumbang dan menghantar bantuan wang ringgit, pakaian, susu, lampin bayi, kit kebersihan dan macam-macam lagi.

Namun dikhabarkan di sesetengah PPS stok barang bantuan tidak diagihkan dengan sebaiknya kepada mangsa banjir walaupun terdapat banyak lagi bekalan.

Sebaliknya, ia ‘disimpan’ dan ‘diperam’ menjadi stok entah untuk siapa.

Sebuah video menjadi tular di mana difahamkan mangsa banjir yang tidak tinggal di PPS tidak dibenarkan untuk mengambil barang bantuan yang dibekalkan.

 

@uwuforhyunjin

#viralnewsmalaysia #banjir #malaysianupdate #foryourpage #newsattiktok #banjir2021

♬ original sound – Ouiji Hyunjin :] – Ouiji Hyunjin :]

Menurut perakam video terbabit, selepas ‘mata-mata’ yang meninjau di PPS tersebut beredar, barulah orang ramai mula datang meminta barang bantuan kerana mereka akan dihalang jika diketahui tidak tinggal di PPS berkenaan.

Perkara ini menimbulkan kemarahan orang ramai, terutamanya mereka yang telah menyumbang melalui NGO atau ke pusat pengumpulan, apatah lagi setelah tular lebihan makanan dibiarkan basi dan terbuang, dan lambakan pakaian serta barangan bantuan terbiar akibat kelemahan sistem pengagihan dan pengurusan.

Berikut antara komen orang ramai di media sosial:

Ada yang terkejut, tetapi ada juga yang turut berkongsi bahawa kejadian seperti ini sering berlaku dan mereka juga pernah mengalaminya ketika mengalami banjir dahulu.

Tindakan ini juga boleh memberi imej yang tidak baik dan membuatkan orang ramai berasa was-was dan akan berfikir banyak kali sebelum menyumbang.

Rakyat Malaysia pula tak berhenti-henti menyumbang, namun tentulah kecewa apabila sumbangan mereka tersekat sebegini dan tidak diagihkan dengan amanah.

Apapun, diharapkan agar isu ini dapat diselesaikan segera kerana masih ramai yang memerlukan bantuan di luar sana.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×