Euforia Bola 2026
Rakyat

[VIDEO] Bapa ‘Suap’ Vape Pada Anak Umur Setahun Undang Marah Netizen

3
SHARES

Penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Hal ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi orang sekeliling ataupun kanak-kanak untuk mencuba.

Terbaharu, kecoh di media sosial mengenai satu klip video memaparkan tindakan seorang lelaki memberi seorang kanak-kanak perempuan menghisap vape. Video tersebut sudah tentunya mendapat kecaman hebat daripada netizen yang terkejut dengan tindakan tidak masuk akal itu.

Baca juga: [VIDEO] “Allahu Main Sumbat Je”- Baby Baru Lahir Tapi Ibu Bangga Terus Suap Makanan!

BAPA ‘SUAP’ VAPE PADA ANAK UMUR SETAHUN UNDANG MARAH NETIZEN

Menerusi perkongsian portal Inforoadblock di Facebook, jelas kelihatan kanak-kanak itu sedang menghisap rokok elektrik sambil dihulurkan oleh lelaki yang berada di sebelahnya tanpa rasa bersalah.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Sabah dan dapat dilihat dalam rakaman tersebut, kanak-kanak itu sedang menghembuskan asap vape melalui hidung setelah menghisapnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook marah dengan tindakan tersebut dan meminta agar pihak berkuasa mengambil tindak segera serta menahan lelaki berkenaan.

Sumber: Facebook InfoRoadBlock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×