Inspirasi

[VIDEO] Angkat Sampah & Pulangkan Kepada ‘Tukang Buang’, Aksi Si Cilik Ini Dapat Pujian Ramai

42
SHARES

Kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat setempat. Beberapa buah negara akan keluarkan saman jika mendapati individu membuang sampah dibuang di merata-rata tempat. Walau bagaimanapun, kejadian di China Timur dimana seorang kanak-kanak berumur satu tahun mengangkat sampah yang dibuang dari dalam kereta kepada pemiliknya semula mendapat pujian ramai kerana ia boleh beri kesedaran kepada masyarakat yang sering membuang sampah merata-rata.

MENGANGGAP TIDAK SENGAJA

Ketika Sun Jiaru bersiar-siar bersama ibunya di bandar Jining, dia ternampak seorang lelaki membuang botol minuman ke luar dari tingkap keretanya. Dia menganggap lelaki tersebut tidak sengaja menjatuhkan botol itu lalu terus berlari ke arah lelaki itu untuk mengangkatnya kemudian beri semula kepada lelaki itu.

PULANGKAN SEMULA KEPADA LELAKI YANG BUANG SAMPAH ITU

Menurut ibunya yang juga merakam video tersebut, ia bermula daripada kanak-kanak berumur satu tahun yang cuma menganggap lelaki itu tercicir barang dan cuba bantu untuk pulangkan kepada pemiliknya.

Perbuatan Sun Jiaru mendapat banyak pujian dan lelaki yang telah membuang sampah merata-rata juga mendapat kritikan dari pengguna Internet. Ibunya berkata, “Sun Jiaru sangat sopan dan hormat kepada orang yang lebih tua. Mungkin pada hari itu lelaki tersebut tidak sengaja menjatuhkan botol itu keluar dari tingkap keretanya. Niatnya hanyalah mahu membantu lelaki tersebut.”

BOLEH MEMBERI KESEDARAN KEPADA LELAKI ITU

“Sun Jiaru hanya berumur satu tahun tiga bulan dan rasanya masih belum ada ‘sense of environmental protection’ kerana kanak-kanak itu sangat simple. Walau bagaimanapun, perbuatannya itu boleh memberi pengajaran kepada lelaki yang telah buang sampah itu.” Lelaki itu terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa kepada kanak-kanak itu.

Sumber: Daily Mail , Hitz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×