Famili

[VIDEO] Anak Dah Nangis Sampai Terperosok, Isteri Kecewa Suami ‘Maintain’ Main Game

43
SHARES

Kehidupan berumah tangga bukanlah manis sentiasa, pelbagai dugaan dan cabaran perlu dilalui dalam memastikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah dapat dijalankan dengan betul. Sebagai seorang ayah dan juga suami, janganlah asyik bermain game di telefon bimbit sehingga lupa tanggungjawab sendiri dan itu sudah tentunya menguris hati si isteri.

Baca juga: [VIDEO] Cikgu Potong Rambut & Bersihkan Kutu Pelajar Perempuan

ANAK DAH NANGIS SAMPAI TERPEROSOK, ISTERI KECEWA SUAMI MAIN GAME

Itulah yang dilalui oleh seorang isteri dan video tersebut tular di aplikasi TikTok. Menerusi rakaman yang tular di media sosial itu, kelihatan anaknya yang masih kecil dan bayi terperosok di celah katil dan menyebabkan kakinya ke atas dan kepala di bawah.

Kanak-kanak tersebut meraung kerana kesakitan namun, si ayah tetap tidak membantu dan menghiraukan anaknya itu kerana leka bermain game di telefon bimbitnya.

@ikimas123

wanita mana yang gak sakit saat lihat anaknya jatuh dari tempat tdr sedangkan di sampingnya ada ayahnya yg asik main game

♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman

Tindakan lelaki berkenaan menyebabkan si ibu kecewa dan sebak kerana melihat anaknya tidak dibantu oleh bapa sendiri. Dia kemudiannya mendukung anaknya dan airmatanya bergenang.

Perkongsian video tersebut mendapat 1.4 juta tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri komen warganet menyifatkan si ayah sangat tidak bertanggungjawab.

Sumber: TikTok Rizky Aditya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×