40 Minggu

Vaksin Sinovac & AstraZeneca Tidak Disyorkan Untuk Ibu Hamil, Menyusu

71
SHARES

Terbaharu, wanita mengandung dan ibu menyusu dinasihat untuk mendapatkan vaksin Pfizer, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

VAKSIN SINOVAC & ASTRAZENECA TIDAK DISYORKAN UNTUK IBU HAMIL, MENYUSU

vaksin ibu hamil

Dalam sidang media baru-baru ini, beliau berkata vaksin Sinovac dan AstraZeneca adalah tidak disyorkan untuk golongan ibu yang masih hamil dan menyusu anak buat masa ini. Bukan itu sahaja, mereka yang masih ragu-ragu mengenai suntikan vaksin Covid-19 ini juga perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan konsultasi yang sepatutnya.

Khairy Jamaluddin berkata, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sudah diarah untuk mengatur dan menyelaras dengan hospital serta pusat pakar perubatan ibu dan kanak-kanak untuk mengutamakan pengagihan vaksin Pfizer kepada ibu mengandung.

“Berdasarkan nasihat pakar Kementerian Kesihatan (KKM), vaksin Pfizer sesuai untuk ibu mengandung dengan usia kandungan antara 14 hingga 33 minggu, atau disyorkan ditangguh sehingga selepas kehamilan,”

Dalam pada itu, Khairy berkata sehingga kini CITF hanya meluluskan satu permohonan Pusat Pemberian Caksin (PPV) industri yang diberikan kepada kilang Pharmaniaga dan belum membuka PPV untuk industri buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, CITF sudah meluluskan satu permohonan bagi kilang yang akan menjadi projek perintis bagi PPV industri.

“Kita mendapat pertanyaan berkenaan vaksinasi untuk golongan industri yang ditimbulkan di media sosial dan lain-lain medium.Buat masa ini, kita belum membuka PPV untuk industri. Kilang Pharmaniaga sudah membeli vaksin sendiri untuk diberi kepada pekerja kilangnya,” katanya kepada pihak media.

Sumber: FreeMalaysiaToday

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×