Rakyat

Pemberian Vaksin Pneumokokal Akan Bermula 1 Disember 2020

40
SHARES
Vaksin pneumokokal kkm

24 November 2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan mengenai pelaksanaan pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak yang akan dilaksanakan di semua Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara bermula 1 Disember 2020 ini.

Apakah Vaksin Pneumokokal?

Vaksin pneumokokal konjugat (pneumococcal conjugate vaccine, PCV) diberikan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.

Antara penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae adalah radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).

Komplikasi penyakit pneumokokal termasuk cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian.

Vaksin pneumokokal

Pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit pneumokokal di kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun.

Ini seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit pneumokokal dan komplikasinya. Walaupun penyakit pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria pneumococcus yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik.

Pemberian vaksin pneumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.

Pelaksanaan Pemberian Vaksin Pneumokokal Di Fasiliti Kesihatan KKM Bermula 1 Disember 2020

Pemberian vaksin pneumokokal konjugat (PCV) di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak di fasiliti kesihatan KKM akan bermula pada 1 Disember 2020.

Vaksin pneumokokal akan diberikan sebanyak tiga (3) dos iaitu

  • 2 dos primer pada umur empat 4 bulan dan 6 bulan; diikuti dengan
  • 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan

Kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya adalah layak menerima suntikan vaksin pneumokokal di klinik kesihatan KKM.

Ibubapa perlu membuat temujanji dengan klinik kesihatan KKM bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada normal baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit COVID-19.

Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini (Kemaskini 24 November 2020)

Susulan penambahan vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak, jadual imunisasi yang terkini adalah seperti di Lampiran di bawah.

Vaksin pneumokokal kkm

Bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya yang telah berumur 5 bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokokal akan disesuaikan mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.

Parents Sila Take Note Ya!

Ibubapa yang mempunyai anak yang lahir bermula 1 Januari 2020 dan seterusnya yang telah mengambil satu atau dua dos suntikan vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta boleh memilih untuk melengkapkan jadual imunisasi pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta atau di klinik kesihatan KKM.

Pemberian vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta adalah tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta tersebut.

Ibubapa yang memilih untuk melengkapkan imunisasi pneumokokal anak mereka di klinik kesihatan KKM dinasihatkan untuk membawa bersama rekod imunisasi anak mereka, bagi memudahkan urusan penjadualan imunisasi oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan KKM.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai pelaksanaan pemberian vaksin pneumokokal, sila hubungi KKM di talian 03-8883 4003 pada hari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum) dari jam 9 pagi hingga 5 petang, atau ajukan persoalan kepada emel [email protected].

Ibubapa boleh juga mengunjungi mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×