Hebahan

[TERKINI] UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya, PT3 Dibatalkan Tahun Ini

Sebelum ini, kita ada mendengar desas-desus dimana peperiksaan UPSR akan dimansuhkan sepenuhnya. Terbaharu, Dr. Radzi Jidin, Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa peperiksaan UPSR dimansuhkan sepenuhnya dan peperiksaan PT3 akan dibatalkan bagi sesi tahun 2021.

UPSR DIMANSUHKAN, PT3 DIBATALKAN

upsr mansuh

Kerajaan memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, keputusan memansuhkan UPSR dibuat berdasarkan kajian dan libat urus yang dibuat bersama pihak berkepentingan.

Bukan itu sahaja, sebelum ini KPM juga ada mengumumkan bahawa Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan selepas cuti hari Raya Aidilfitri.

jadual pdpr

Selepas pelaksanaan tersebut, sesi persekolahan secara bersemuka akan dimulakan selepas cuti penggal persekolahan pada 12 atau 13 Jun depan mengikut kumpulan sekolah.

Pelaksanaan PdPR ini adalah bagi memastikan tidak berlakunya jangkitan di luar sekolah ke dalam sekolah.

Berdasarkan jadual ini,

-Sekolah dalam Kumpulan A akan memulakan sesi PdPR pada 16 Mei hingga 27 Mei

-Sekolah dalam Kumpulan B akan memulakan sesi PdPR pada 17 Mei hingga 28 Mei

-PdPR ini kemudiannya akan disambung dengan Cuti Penggal Persekolahan selama lebih kurang 2 minggu.

Berita lanjut akan menyusul

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×