Sihat

9 Jenis Ubat Kena ‘Standby’ Untuk Anak Dalam Beg Balik Kampung

3.8K
SHARES

“Baju raya anak semua dah siap masuk beg. Kuih raya dah ada. Angpau raya pun settled. Apa lagi yang tertinggal ye?”

Masing-masing mesti excited nak balik kampung menjelang Hari Raya ini. Ada yang dah packing awal-awal sebab takut tertinggal apa-apa barang bila balik beraya nanti.

Bagi yang ada anak kecil, tentulah ada banyak beg tambahan untuk isi lampin anak, susu dan alatan penyusuan, sedikit mainan serta bekalan makanan khas untuk mereka.

Selain itu, ibu ayah jangan lupa bawa beberapa jenis ubat-ubatan sebagai sebagai persediaan di kala diperlukan. Manalah tahu di kampung tak ada farmasi yang berdekatan. Klinik pula malam-malam pula mungkin tak buka. Jadi bolehlah guna sebagai emergency sebelum berjumpa doktor.

9 Jenis Ubat Kena ‘Standby’ Untuk Anak Kecil Masa Balik Beraya

Menurut Public Health Malaysia, ubat-ubatan yang boleh dibawa ialah ubat demam atau tahan sakit, cirit birit, ruam, gatal dan gigitan serangga. Ini kerana ia boleh berlaku kepada si kecil secara tiba-tiba ketika musim perayaan ini.

Berikut adalah contoh ubat-ubatan tersebut yang boleh anda dapatkan di farmasi.

1. Syrup Paracetamol – untuk demam dan sakit

Contoh Syrup Paracetamol

2. Supp Paracetamol – untuk demam dan sakit (ubat punggung)

3. Supp Diclofenac – untuk tahan sakit (ubat punggung)

Contoh SUPP Paracetamol

4. Syrup Salbutamol – batuk (bawah 2 tahun)

5. Syrup Benadryl – untuk batuk (2 tahun ke atas)

6. Syrup Bisolvan – untuk cairkan kahak

7. Syrup Chlorpheniramine, Actifed – untuk selsema, gatal-gatal, allergic. (Mengantuk & untuk 2 tahun ke atas)

8. Oral Rehydration Salt – untuk ganti air dalam badan

Contoh Oral Rehydration Salt

9. Calamine Lotion/Cream – untuk gatal-gatal

Contoh calamine lotion / cream

Selain itu, bawa juga peralatan penting seperti termometer, baby balm dan band-aid sekiranya berlaku sebarang kecederaan dan luka. Bagi bayi pula, boleh juga membawa nasal aspirator dan nasal spray untuk melegakan hidung bayi yang selesema atau tersumbat.

Contoh nasal spray dan nasal aspirator

Penting! Ketahui Dos Yang Betul

Ubat-ubatan seperti ini adalah ubat-ubatan yang biasa diletakkan dalam emergency kit anak-anak. Namun, perlu diingatkan bahawa anda membaca arahan pada ubat-ubatan dengan teliti dan benar-benar tahu tentang sesuatu ubat sebelum memberikannya kepada anak. Dos ubat-ubatan untuk anak kecil adalah berbeza daripada dos orang dewasa iaitu berdasarkan berat badan.

Ini kerana sesetengah ubat tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun. Ubat yang sama juga mempunyai kekuatan atau kepekatan yang berbeza bergantung dari mana anda dapatkannya. Kalau tak pasti, tanyakan doktor atau ahli farmasi yang bertauliah.

Apapun, perlu diingat bahawa semua ubat-ubatan ini adalah hanya untuk emergency dan bukanlah penyelesai segala masalah kesihatan yang dihadapi oleh anak. Seandainya keadaan tidak semakin pulih atau keadaan menjadi semakin teruk, bawa anak kecil anda untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.

 

Sumber rujukan: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×