Famili

Farmasi Tutup? Ini Antara 15 Barang ‘Medicine Box’ Yang Mak Ayah Kena Standby Sempena Raya

57
SHARES

Sempena musim perayaan dan musim cuti sekolah yang bakal menjelma, pastinya ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudah menyediakan segala keperluan seperti baju raya untuk anak-anak bukan? Namun, jangan pula anda terlepas pandang dari sidut kesihatan anak-anak dalam musim perayaan ini. Pastinya akan sukar untuk anda jumpa farmasi atau klinik yang buka urusan perniagaan sempena cuti Hari Raya, jadi ibu bapa kenalah standby semua barangan ’emergency’ ini ya!

15 BARANGAN PERUBATAN KENA STANDBY SEMPENA RAYA!

Minggu depan dah cuti sekolah. Baju raya dah siap. Kuih raya dah siap. Ada yang dah siap pek barang nak balik kampung. Kereta pun dah servis. Namun ada perkara yang ramai lupa untuk bersedia.

Musim perayaan ni, banyak klinik dan farmasi akan bercuti lama. Jadi, kalian kena siapkan beberapa alatan asas penjagaan kesihatan. Terutamanya yang ada anak kecil dan yang nak pulang ke kampung. Malah semua rumah perlu ada set ni.

Ini senarai First Aid Kit Hari Raya Medtweetmy: lihat gambar dan kapsyen. Kongsikan agar ramai dapat manfaatnya!

1.Tisu basah / Baby wipes

Antara benda penting ni! Rasanya semua orang yang ada anak ada benda ni di rumah.

2. Gel gatal

Musim raya ni, kita makan macam-macam, kadang anak yang menyusu badan pula yang kena cirit birit sampai melecet bontot. Benda ni sangat membantu elakkan kulit menggelupas akibat kerap basah.

3. Ubat batuk

Boleh beli ubat batuk komersil atau di farmasi. Sila ikut sukatan yang disyorkan pada kotak produk. Baca betul-betul. Jangan salah. Baca juga mana sesuai untuk kanak-kanak, mana yang tidak. Ada yamg menyebabkan ngantuk, jadi hati-hati.

4. Syringe / picagari

Ini untuk beri ubat pada anak-anak kecil. Nak buat cuci luka pun boleh. Nak main tembak-tembak air dengan sepupu pun boleh. Haha.

5. Cawan

Dah makan ubat, mesti nak minum, kan? Standby je satu cawan plastik. Manalah tahu diperlukan.

6. Nasal Aspirator

Kalau hidung anak berhingus dan tersumbat, boleh sedut hingus guna bendalah ni. Picit, masuk lubang hidung, dan lepas.

Nasal Aspirator : ini versi kena sedut pakai mulut. Bila sedut, hingus masuk tabung kecil tu, tak masuk mulut anda. Cuma virus/bakteria dari anak boleh masuk mulut anda.

Nasal Aspirator: ini jenis pam elektrik. Paling senang. Tapi mahal. Duit raya anak anda yang tahun lepas, anda buat lah beli benda ni. Hehe

7. Saline spray

Ini spray untuk legakan hidung berhingus. Boleh guna untuk bayi dan anak-anak kecil. Boleh beli di farmasi.

8. Paracetamol tablet

Ni pun beli siap-siap. Sakit kepala. Sakit tangan lenguh kacau dodol. Sakit hati je tak boleh. Kalau sakit hati cepat-cepat minta maaf. Bila lagi nak minta maaf kalau bukan Hari Raya.

9. Calamine Lotion

Kalau gatal-gatal, ruam-ruam biasa, bolehlah sapu ni. Lega, boleh tidur nanti.

10.Swab Alkohol

Ini alkohol dalam bentuk swab. Koyak paket dia, keluarkan tisu beralkohol, dan lap kawasan yang kita nak sterilkan. Ada jual di farmasi.

11. Plaster aid

Ni semua orang kenal. Tampal dekat pipi, nampak macam rapper terkenal. Saya lupa nama dia. Haha.

12.Tweezers

Tak silap saya, dalam bahasa jawa, namanya ‘catut’. Boleh guna untuk cabut selumbar ke, apa ke. Cabut uban nenek anda pun boleh juga.

13.Termometer

Beli termometer. Mudah. Cuma jangan beli yang ada bebuli merkuri. Kalau pecah bebuli dia nanti, susah nak bersihkan. Beli yang eletronik. Yang baca dahi ke, telinga ke, tak kisah.

14. Flavin/ ubat kuning

Kalau ada luka, cuci bersih-bersih pakai saline water, kemudian pakai ni. Tutup dengan gauze, dan balut.

15.Bekas

Gunalah bekas apapun, asalkan bersih. Susun barang-barang di atas elok-elok. Simpan dalam tempat kering dan suhu bilik. Kecuali ubat. Ubat kena simpan ikut apa yang disyorkan oleh pengeluar. Kalau nak balik kampung, bawa kotak ni sekali! Kalau tengah jalan nanti ada apa-apa berlaku, kan dah senang.

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×