Sihat

Ini Cara Pilih Buah Pisang Betul-Betul Untuk Elakkan Risiko Anak Sembelit

26
SHARES
jenis pisang

CARA PILIH JENIS BUAH PISANG

Sudah diketahui ramai bahawa buah pisang mempunyai khasiat yang tinggi dan sangat sesuai untuk mengelakkan risiko sembelit. Tambah pula bila anak-anak yang makin membesar selalu akan mengalami masalah sembelit dan ibu bapa terpaksa memberi ubat farmasi kerana makan buah-buahan tak menjadi.

Rupanya ada cara yang betul untuk anda pilih buah pisang di pasaran supaya dapat membantu mengelakkan risiko anak sembelit ini. Ingatkan semua pisang sama sahaja, baru tahu!

Baca juga: Cara Pilih Jenis Susu Di Pasaran Ikut Label & Kandungan Supaya Tak Tersalah Beli

CARA PILIH BUAH PISANG ELAK RISIKO ANAK SEMBELIT

Pisang boleh buat sembelit, pisang jugak boleh bantu rawat sembelit. Pilih pisang yang betul-betul ranum untuk elakkan risiko anak sembelit.

1.Pisang yang belum sepenuhnya ranum, tinggi dengan kandungan kanji susah hadam. Atau nama lain resistant starch. Resistant starch ni yang buat anak susah nak membuang bila makan pisang.

Pisang macam ni mungkin boleh rawat sembelit.

2.Pilih pisang warna kuning yang dah ranum, elakkan yang masih kuning kehijauan. Anak mungkin akan sembelit sebab kanji dalam pisang kuning kehijauan susah untuk dihadam. Usus anak tak dapat jalankan fungsi dengan baik. Maka akan susah nak membuang.

3.Pisang ranum tinggi kandungan antioksida dan fiber mudah larut. Ini akan bantu anak lagi mudah nak membuang. Sebab tu ada baby makan pisang, sembelit teruk sangat, tapi ada baby yang makan, laju je membuang.

Blend campur santan bagi anak minum. Mudahhh nak membuang nanti. Tinggi antioksida tau pisang macam ni.

4.Kena tengok balik pisang apa yang ibu bagi. Sebaiknya cari yang betul-betul ranum, untuk elakkan masalah macam ni. Pun begitu, kena kenal jugak perut anak, sesuai atau tidak dengan pisang. Kalau makan pisang ranum pun masih jadi sembelit, elakkan dulu dari anak. Penting untuk anak membuang setiap hari supaya toksin tak kekal dalam badan anak.

5.Cari buah lain yang sesuai. Yang mana bila anak makan, mudah juga untuk dia keluarkan. Pisang ranum atau belum ranum, yang pastinya dua-dua pun ada kebaikan masing-masing. Ranum elakkan sembelit. Belum ranum bantu kurangkan cirit-birit.

Tahap keranuman pisang.

Indahkan real food sebenarnya. Selain anak dapat kenyang, proses penyembuhan pun boleh berlaku kalau kena caranya.
Kita sama-sama banyakkan real food dan kurangkan makanan proses dari anak-anak ya.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×