Sihat

Patutlah Cepat Kebah, Ini 10 Fakta Tentang Ubat Demam Yang Dimasukkan Melalui Bontot Anak

25
SHARES

“Anak demam panas ni, memang kena masukka ubat ikut bontot ke”

Situasi apabila anak demam memang agak menggelisahkan buat ibu bapa. Tambah pula kalau demam anak tidak kebah dan semakin panas. Nmaun, pernah tak anak anda dimasukkan ubat demam melalui pinggul atau bontot mereka? Katanya, apabila masukkan ubat tersebut, demam anak akan lebih cepat beransur pulih.

Jadi, ini antara 10 fakta yang ibu bapa wajib ambil tahu mengenai ubat demam yang dimasukkan ikut bonto anak-anak. Barulah lebih padat dengan informasi apabila berjumpa doktor.

10 Fakta Wajib Tahu Tentang Ubat Demam Yang Masuk Ikut Bontot Anak

1. Terdapat 2 jenis suppositories di pasaran iaitu Supp Paracetamol dan Supp Voltaren(Diclofenac).

2. Supp Paracetamol terdapat 2 dos iaitu 125mg dan 250mg manakala dos Supp Voltaren 12.5mg dan 50mg.

3. Kedua-dua jenis bentuk torpedo dan dimasukkan melalui dubur. Digunakan untuk menurunkan suhu badan dengan cepat terutamanya bila anak muntah-muntah atau susah untuk makan ubat cecair.

4. Supp Paracetamol adalah acetaminophen dan Supp Voltaren adalah NSAID (Non Steroid Anti Inflammatory Drugs).Keduanya adalah antipyretic(menurun suhu demam) dan analgesic(tahan sakit).Cuma Supp Voltaren ada fungsi lain iaitu anti inflammatory (anti radang).

5. Penggunaan Supp Voltaren pada kanak-kanak berumur kurang 5 tahun yang mengalami jangkitan influenza boleh meningkatkan risiko Acute Necrotizing Encephalopathy(sel otak mati yang boleh membawa maut).

6. Pengambilan NSAID tanpa mengetahui punca demam akan menyebabkan kerosakan hati,demam denggi berdarah dan ulcer perut.

7. Segera dapatkan rawatan doktor jika anak mengalami simptom seperti perubahan tingkahlaku, keletihan, sawan dan tak sedarkan diri.

8. Supp Voltaren boleh digunakan jika telah diketahui punca demam(setelah keputusan darah diperolehi), tiada alahan ubat dan sebagai ubat tahan sakit(arthritis kanak-kanak).

9. Berwaspada untuk beri Supp Paracetamol pada bayi kurang 6bulan dan Supp Voltaren pada bayi kurang setahun.Pengambilan Supp Voltaren tanpa nasihat doktor tidak digalakkan dan berbahaya.

10. Pilihan terbaik adalah Supp Paracetamol kerana kurang risiko berbanding Supp Voltaren.

Kongsikan pada mak ayah lain ya!

Sumber: Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×