Teknologi

Evenflo Perkenal Stroller Terbaru 2-in-1 Yang Boleh Bertukar Jadi Wagon

2K
SHARES

Mudahnya, dah tak payah cari stroller berkembar atau bawa 2 stroller lagi. Dengan rekaan terbaru daripada Evenflo ini, abang dan kakak pun boleh kongsi naik sekali dengan si adik.

Baru dilancarkan pada 11 April baru-baru ini di Orlando sempena JPMA Show: Built for Baby, Evenflo Pivot Xplore All-Terrain Stroller Wagon ini mendapat perhatian ramai ibu bapa.

Berikut adalah beberapa ciri stroller tersebut.

5 Ciri Menarik Evenflo Pivot Xplore All-Terrain Stroller Wagon

1. Bertukar Fungsi Dengan Mudah

Reka bentuk unik Pivot Xplore memberikan pilihan kepada ibu bapa untuk menolaknya seperti stroller biasa atau ditarik sebagai wagon dengan hanya melaraskan pemegangnya.

Stroller ini selamat menampung dua kanak-kanak dari usia 6 bulan sehingga 5 tahun.

2. Roda Lasak, Sesuai Untuk Pelbagai Permukaan

Walaupun menampung 2 kanak-kanak, stroller ini dilengkapi dengan roda lasak yang menyediakan perjalanan lancar dan selesa di pelbagai permukaan lantai, jalan raya, mahupun di atas rumput dan di tepi pantai.

So, kira tahan lasaklah sebab indoor dan outdoor pun boleh pakai kan?

3. Lapang, Ruang Penyimpanan Yang Besar

Selain itu, stroller ini juga menawarkan bahagian dalaman yang lapang serta ruang penyimpanan yang besar.

Maklumlah, bila keluar dengan anak-anak ni, macam-macam barang nak bawa kan. Beg yang satu tadi pun boleh beranak-anak. Jadi sesuai sangatlah kalau ada banyak ruang penyimpanan macam ni.

4. Dilengkapi Dengan Aksesori Tambahan

Evenflo Pivot Xplore All-Terrain Stroller Wagon turut dilengkapi dengan aksesori tambahan yang menarik seperti kanopi pelindung matahari yang lebar, bakul simpanan tambahan serta cup holder bagi keselesaan anak-anak. Senang diorang nak makan-makan nanti.

Semua ini disertakan sekali tanpa perlu dibeli berasingan!

5. Ringan & Mudah Dibawa Ke Mana-mana

Yang paling penting, Evenflo menjanjikan yang keluaran kali ini tetap ringan, mudah disimpan dan senang dibawa ke mana-mana. Ibarat macam bawa sebuah stroller saja.

Kita pun tahu kualiti dan rekabentuk stroller Evenflo sebelum ni agak menarik, contohnya Evenflo Xpand yang dapat convert single stroller menjadi double stroller.

Jadi harapnya stroller ini pun tak kurang hebatnya jugalah.

Harga & Tarikh Dipasarkan

The Pivot Xplore bakal dipasarkan dalam 3 rekabentuk unik iaitu Adventurer, Wayfarer and Gypsy. Harga pasaran yang diumumkan adalah 350USD iaitu sekitar RM 1,400.

Di US, ia akan mula dipasarkan dalam masa terdekat dalam tahun 2019 ini. Tarikh atau harga rasmi penjualannya di Malaysia belum dinyatakan lagi.

Menarik kan? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari Evenflo.com/xplore.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×