Rumah

Anak Tengah Buas & Suka Baling Mainan, Bapa Ni Saran Guna TV Protector. Baru Selamat!

4
SHARES

Selalu kita dengar mak ayah merungut Smart TV baru beli tak sampai berapa bulan dah rosak sebab anak baling mainanlah, tertumpah airlah, terlanggar dan macam-macam lagi.

Kanak-kanak memang semulajadi aktif dan mungkin kita sebagai ibu bapa pun ada masanya susah nak mengawal kelakuan anak yang sukar diduga.

Jadi, dalam artikel ini kami kongsikan satu tips melalui sebuah posting di Facebook oleh

Katanya, berbaloi beli TV screen protector ni terutamanya yang ada anak kecil.

Jom ikuti perkongsian beliau selanjutnya.

Berbaloi TV Screen Protector Kalau Ada Anak Kecil Di Rumah

Salam, deko pun deko jugak, yang ada TV dan ada anak-anak kecik kat umah tu, nak taknak kena beli benda alah ni…

Lebih-lebih lagi anak yang sedang membuas dan suka baling-baling barang mainan. Haha.

Berapa Harganya?

Untuk makluman, harganya beli TV protector ni ialah RM180 ( tidak termasuk pos ).

Tv protector malaysia

Ini cara alat ni dipasang pada TV.

Tv protector malaysia

Pandangan dari sisi macam ni.

Tv protector malaysia Tv protector malaysia

Mungkin ada yang rasa mahal kalau beli TV protector ni.

Tapi bila fikir balik, daripada rugi dan risiko nak kena ganti 1-2k harga TV baru nanti, baik beli alat ni kan?

Kita pun takdelah asyik risau, rasa selamat sikit bila pasang ni dekat rumah.

Sekadar perkongsian.

Semoga bermanfaat.

*Kredit: Abeho Fadlulah via Kelab Kaki Deko

Most Popular

To Top
SKIP THIS AD ×