DIY & Kraf

Tutorial Deep Cleaning Barang Kemas Guna 3 Bahan, Barulah Berkilau-Kilau Bila Pakai!

86
SHARES

Nampaknya semakin ramai dalam kalangan kita yang sudah membeli emas kerana harganya menurun. Asyik beli yang baru sahaja tetapi yang lama tidak dijaga untuk kelihatan seperti baru. Penting juga sebenarnya untuk anda sentiasa mencuci barang kemas yang lama atau yang sedang dipakai supaya tidak kelihatan kusam. Macam mana nak buat? Jom kita tengok cara-caranya yang sangat mudah.

TUTORIAL DEEP CLEANING BARANG KEMAS

Hani sebenarnya tak suka pakai barang kemas lagi-lagi yang diperbuat dari emas. Tapi dah namanya perempuan, paling tidak koman-koman mesti ada walaupun satu utas/ bentuk. Tak kira lah sebentuk cincin atau seutas gelang tangan kan.

So hari ni hani buat deep cleaning barang kemas yang hani ada. Ini sahaja lah koleksi hani haha seutas gelang tangan, seutas rantai dan dua bentuk cincin. segan pulak nak tunjuk sebab hani suka design yang ringkas-ringkas begini je sekarang kan ada mcm-mcm design tp tu lah yang teruja dengan design-design ni bukan hani tapi suami hani.

Tapi dah hani niat nak kongsi tutorial hani buat deep cleaning barang kemas ni, so semoga bermanfaat ya. Deep cleaning ni hani selalu buat setahun sekali setiap kali nak raya je sebenarnya. Haha tapi sebab raya tahun ni mcm tak raya, memang tak sempat nak buat. Alang-alang cuti ni hani buat lah. Boleh ambil gambar sekali kan cara hani deep cleaning barang kemas hani.

Boleh tengok gambar ya dan cara-caranya. Senang sangat dan semua bahan ada kat rumah. Ambil masa lebih kurang 10 minit je. Dah buat ni barulah berkilau-kilau balik barang kemas yang kita ada. Semoga bermanfaat.

Tuangkan air suam dan kacau sampai berbuih.

Masukkan barang kemas dalam larutan tadi.

Beruskan sikit-sikit, guna berus gigi je pun boleh.

Lepas 10 minit, bilas dengan air biasa.

Dah berkilau-kilau kembali barang kemas!

*Jangan tahu pakai sahaja barang kemas tu, kena juga cuci supaya berkilat ya!

Sumber: Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×