Hebahan

Tunggu Pengumuman Menteri, KPM Dijangka Ubah Takwim Sekolah & Jadual Peperiksaan

93
SHARES

Berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih belum menunjukkan kadar penurunan, Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka akan meminda kesemua tarikh peperiksaan utama selaras dengan keputusan kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan penangguhan pembukaan persekolahan ekoran Covid-19.

JADUAL PEPERIKSAAN AKAN DIPINDA

Menurut laporan Malaysiakini, dimaklumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dipinda kepada awal bulan Disember tahun ini, peperiksaan PT3 pula dijangka akhir Disember. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertulis serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 3 pula mungkin dijadualkan pada pertengahan Januari tahun depan.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula dikatakan akan dijadualkan antara Januari ke Februari 2021.

“Pihak kementerian kini sedang bermesyuarat untuk memuktamadkan tarikh-tarikh bagi peperiksaan itu dan dijangka akan diumumkan menteri dalam masa terdekat. Pemindaan itu perlu dilakukan memandangkan PKP dilanjutkan kerajaan dan keputusan kerajaan untuk tidak terus memulakan sesi persekolahan apabila PKP tamat.

“Jadi, perubahan ini wajar dilakukan bagi membolehkan murid-murid melakukan persediaan yang sewajarnya,” kata sumber kementerian itu.

Artikel berkaitan: Jadual Waktu Lengkap Proses Pembelajaran Melalui TV Pendidikan Untuk Pelajar Sekolah

Tunggu pengumuman menteri

Dalam pada itu, terdapat laporan juga memaklumkan sumber bahawa perubahan takwim persekolahan tahun ini sedang dirancang oleh KPM. Katanya lagi, KPM juga akan melaksanakan pembelajaran di rumah termasuk melalui TV pendidikan.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin untuk mendapatkan pengesahan, bagaimanapun masih belum menerima sebarang maklum balas. Dua timbalan menteri pendidikan, Mah Han Soong dan Muslimin Yahaya ketika dihubungi pula enggan menggulas lanjut.

Sebaliknya mereka meminta supaya menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh menteri ataupun pihak kementerian mengenainya.

“Maaf tuan, kita tunggu penyelarasan dan penjajaran semula yang akan diumumkan oleh kementerian,”

Pada 28 Mac lalu, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan peperiksaan SPM dipinda ke 16 November hingga 7 Disember ini, berikutan penularan wabak Covid-19. Namun, tarikh UPSR kekal pada 1, 2, 3, 7 dan 8 September.

KPM berkata, penjadualan semula dibuat selepas meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum subjek berkaitan dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan. Jumaat lalu, ketika memaklumkan keputusan PKP dilanjutkan kepada 28 April, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kemungkinan sekolah tidak akan dibuka lebih awal sehingga keadaan telah kembali pulih.

Kata Perdana Menteri, beliau sudah meminta Kementerian KPM untuk melaksanakan pembelajaran di rumah sepanjang PKP dan seterusnya sehingga sekolah dibuka semula.

Sumber: MalaysiaKini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×