Sebelum ini, tular satu kenyataan yang mendakwa mana-mana guru akan dijatuhkan hukuman sekiranya berleter kepada murid. Oleh itu, ramai ibu bapayang terkejut dengan kenyataan tersebut dan meluahkan rasa ‘pelik’ dengan tindakan tidak masuk akal itu kerana seolah-olah terlalu manjakan anak murid.
Baca juga: Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM & Takwim Cuti Sekolah
TULAR GURU TAK BOLEH BERLETER, KPM NAFI KENYATAAN TERSEBUT
Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia menafikan dakwaan jadual bertajuk ‘Unit displin KPM: Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang’ seperti yang tular di media sosial. Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah mengesahkan perkara ini melalui satu posting di laman Facebooknya hari ini.
Saya kongsikan kenyataan media KPM berhubung laporan portal berita bertajuk “Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid”.
Saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut.
KPM juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang” dalam mana-mana dokumen rasmi KPM.
Sama-sama kita semak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Mohon jasa baik sahabat semua kongsikan-kongsikan penjelasan ini.
Sumber: Facebook Dr Radzi Jidin