Famili

Cara Tukar Nama Kenderaan Tanpa Perlu Pergi JPJ, Buat ‘Online’ Tak Payah Beratur!

1
SHARES
TUKAR NAMA KENDERAAN

Buat anda yang belum tahu, tukar nama kenderaan sebenarnya boleh dilakukan secara atas talian tanpa perlu ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Cara tukar nama kenderaan secara online ternyata begitu mudah dan sudah pastinya tidak mengambil masa yang lama. Ikuti perkongsian penuh di bawah ini.

Baca juga: Semakan Tawaran Kemasukan SBP Tahun 2025/2026 Bermula Hari Ini (31 Januari)

CARA TUKAR NAMA KENDERAAN SECARA ONLINE, MUDAH JE

TUKAR NAMA KENDERAAN

Kredit: Freepik

Urusan tukar nama kenderaan tanpa perlu ke JPJ, mula-mula ingatkan wajib kena pergi JPJ dan selesaikan di sana ternyata boleh sahaja sebenarnya buat secara atas talian.

Cara-caranya:

1. Muat turun aplikasi MyJPJ dan MyDigital ID.

2. Kemudian, daftar akaun dekat MyJPJ dan akan keluar status ‘Standard’ di bahagian profil.

3. Seterusnya, daftar akaun dekat aplikasi MyDigital ID.

4. Bila dah daftar akan keluar ‘pop up’ dan tekan ya.

5. Selanjutnya, tekan ok dan status MyJPJ akan bertukar Advance.

6. Pergi ke laman sesawang MySikap

7. Log in menggunakan ID dan password dari MyJPJ.

8. Tekan kenderaan dan pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar).

9. Isi semua maklumat yang diperlukan.

10. Details pembeli yang diperlukan adalah nombor kad pengenalan dan emel.

11. Seterusnya penjual dan pembeli masing-masing akan dapat email nanti berkenaan urusan tukar nama kenderaan ini.

Perlu diingatkan bahawa nak tukar nama kereta kena selesaikan dulu dekat Puspakom dan tak ada sangkut hutang bank. Bagi motor pula, tak perlu Puspakom, boleh terus cuba langkah ini.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Taman Tema Air Indoor Sesuai Untuk Anak, Monkeys Splash Zone Kini Dibuka Di Cheras!

Sumber: Facebook Nurul Hafizah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×