Famili

‘Transformers Masuk Sekolah!”- Macam-Macam Jenis ‘Sambutan’ Hari Pertama Sekolah 2021

16
SHARES

Maka bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2021 secara bersemuka pada hari ini. Dimulakan dahulu dengan murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 bagi menjalani proses orientasi terlebih dahulu, ternyata pelbagai ragam yang ditunjukkan pada hari pertama. Ada yang menangis dan ada juga yang kelihatan tenang walaupun tanpa mak ayah di sisi.

Oleh itu terdapat beberapa pihak pengurusan sekolah yang menggunakan teknik rahsia bagi menarik minat anak-anak ke sekolah. Tular di laman sosial media dimana terdapat sekolah yang membawa ikon-ikon hebat dalam filem seperti Spiderman, Captain America dan Transformers! Macam mana la anak tak minat bukan?

“TRANSFORMERS MASUK SEKOLAH!”

Tular perkongsian di laman Twitter dimana video dua robot Transformers bersiar-siar di laman Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Kelantan. Ini adalah bertujuan bagi menyambut kedatangan murid-murid di sekolah tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga yang turut berkongsikan sekolah anaknya mempunyai dinasour untuk menyambut ketibaan murid-murid. Risau juga anak-anak akan lari atau suka datang ke sekolah?

Mickey Mouse, Captain America pun ada!

Pendekatan yang dilakukan oleh pihak sekolah sememangnya perlu diberi pujian. Mana tidaknya, bila anak-anak melihat kostum yang digayakan, terus mereka akan tertarik untuk datang ke sekolah setiap hari.

Ketika perhimpunan pun masih menjalankan tugas bagi menghiburkan anak-anak di sekolah.

*Apa-apa pun, terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan individu terlibat bagi menceriakan hari pertama anak-anak kita ke sekolah ya!

Sumber: M.K Izzuddin 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×