Pilihan Editor

Transformasi Dunia Radio, Media Prima Perkenal 7 Platform Baharu Yang Lebih Segar!

10
SHARES

RIPPLE – TRANSFORMASI SEGMEN RADIO MEDIA PRIMA

Ripple membawa bersama media digital, penyiaran dan dagang.

• Sasaran untuk mengeksploitasi ruang penyiaran melalui pelancaran jenama-jenama digital baru

Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), Kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, hari ini mengumumkan transformasi segmen radio penyiarannya kepada syarikat berfokus kepada audiens, Ripple, yang mensinergi audiens media digital, penyiaran, dan dagangan. Ripple menyasarkan untuk membuka lebih peluang berhubung dengan audiens secara kreatif melalui pemanfaatan data bagi interaksi lebih personal dan menjadi sebahagian daripada aktiviti digital harian.

Ripple akan berinteraksi dengan audiens melalui muzik, hiburan dan gaya hidup, melalui pendekatan secara besar-besaran dan pautan secara personal yang bersesuaian. Dengan perubahan trend semasa, Ripple menyasarkan untuk mengeksploitasi ruang audiens penyiaran yang sedia ada melalui pelancaran tujuh aset digital baru – Dhia, Donna, Lunaria, The Laki, Likely, Chapters, dan Wakeke.

PELUANG UNTUK MENDEKATI AUDIENS

Encik Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, berkata; “Salah satu kekuatan kami di dalam bidang penyiaran adalah keupayaan berhubung terus dengan pendengar serta komuniti melalui platform- platform kami. Sejak beberapa tahun yang lalu, kami berjaya berinteraksi dengan audiens secara ke udara (on air), dalam talian (online) dan melalui acara luar (on-ground). Walaubagaimanapun, dengan perubahan trend semasa, kami mendapati terdapat ruang dan ini merupakan peluang untuk mengeksploitasinya dalam meningkatkan hubungan tersebut. Di sinilah tercetusnya idea penyesuaian mengikut audiens.

Pemanfaatan tersebut mewujudkan sinergi yang lebih besar antara audiens radio, jenama-jenama digital dan e-dagang. Akhirnya, ia akan memperluaskan inisiatif e-dagang kami, SuperDeals, untuk menawarkan tawaran yang tepat untuk komuniti digital yang betul. ”

“Kami percaya dengan penggabungan kesemua aset tradisional dan digital di bawah Ripple akan memberi kami fleksibiliti untuk berhubung dengan audiens secara lebih personal dan meneroka peluang pendapatan baru. Kami juga menyasarkan untuk mengembangkan capaian audiens dan kumpulan melalui jenama-jenama digital baru. Ini akan membolehkan kami menawarkan penyelesaian yang bersesuaian untuk pengiklan mencapai pelbagai audiens sasaran melalui penyediaan kempen yang efektif.”

PERKENAL 7 PLATFORM BAHARU DAN SEGAR!

Pelancaran Ripple adalah selari dengan pelan transformasi bisnes Media Prima untuk meningkatkan pendapatan dari segmen digital dan konsumer. Menurut agensi pemasaran dan pengiklanan Dentsu Aegis Network Austria, majoriti perbelanjaan pengiklanan digital secara global adalah 38.3% pada tahun 2018. Di Malaysia, pengguna internet adalah 80% daripada jumlah penduduk dan mereka berada dalam talian secara purata 8.5 jam sehari. Ini merupakan peningkatan pengiklanan digital dan e-dagang yang menandakan penduduk Malaysia semakin selesa membeli-belah secara dalam talian dan hidup di dalam dunia digital.

Datuk Kamal Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, berkata: “Transformasi segmen radio ini bertepatan dengan apa yang kami cuba lakukan di Media Prima untuk menjadi syarikat kandungan utama digital dan dagang di Malaysia. Ripple memanfaatkan kekuatan jenama-jenamanya dan jumlah capaian yang besar untuk mencipta peluang pendapatan baru serta mensasarkan kumpulan konsumer yang baru. Halatuju baru ini akan memberikan penyelesaian yang lebih holistik kepada pengiklan- pengiklan yang ingin berhubung dengan audiens khusus mereka di pelbagai platform yang berbeza.

Seterusnya, kita akan terus membuka nilai-nilai aset yang sedia ada dengan berfokuskan strategi inovasi digital dan dagang di dalam Kumpulan.” Pendapatan segmen digital Media Prima meningkat kepada RM44.8 juta untuk enam bulan berakhir 30 Jun 2018 berbanding RM14.9 juta dalam tempoh perbandingan, dipacu oleh pendapatan pengiklanan digital yang lebih tinggi di kesemua platform. Media Prima kini menduduki tempat ketiga di negara ini dari segi capaian digital dan menyasarkan peningkatan 8% kepada sumbangan pendapatan digital pada akhir tahun, berbanding 3% sasaran Kumpulan pada 2017.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×