Sihat

Total Lost Dalam Setahun 19Kg, Gadis Ini Kongsi Tips Patut Ditiru Kalau Nak Diet!

109
SHARES

Kurus adalah impian setiap orang yang berbadan gempal. Tetapi tidak semua mampu untuk menurunkan berat badan dengan teratur. Mempunyai badan yang kurus bukan sahaja mudah untuk bergerak malah untuk mencari atau memadankan pakaian sangat lah mudah untuk mereka. Selain itu, untuk mendapat berat badan yang ideal juga bukan lah satu perkara yang mudah.

Pelbagai tips kurus dapat kita dilihat dan dikongsi oleh pelbagai orang. Begitu juga dengan salah seorang pengguna Facebook ini, Azie Yonie melalui group Facebook Diet Suku Suku Separuh telah berkongsi tips kurus cara dia. Berjaya hilang sebanyak 19 kg, mari kita lihat cara dia menurunkan berat badan.

Tolak Air Manis Dan Nasi

Ehem2 …. nak tumpang lalu, nak cite serba sedikit kesusahan untuk menurunkan berat badan sya yang terlalu berat mata memandang ni.
Saya bermula diet tahun 2019, masa tu berat saya 94kg. Sya tolak nasi n air manis selama 1 tahun dan Alhamdulillah sya dapat turun sampai 75kg. Total lost sya 19kg la dalam 1 tahun tu. Membawak ke tahun 2020.

Puasa hari tu sya dpt turun smpai 69kg. Masalah raya kan, naik balik jadi 73kg. So, lepas tak senang duduk tengok berat naik kan, sya pon try laa buat DSSS ni dah masuk hri ke-5 kalau tak silap tu pon kalau rajin masak, berat sya dah jadi 70kg. Masih mencuba diet DSSS nie. So, target bulan nie sya harap dapat la 60kg  walaupun seksanya nk mula dari awal. Sya nak cuba buat DSSS bulan ni walaupun hakikat saya ni malasnya nak masak. Selalu saya buat diet yang simple, makan lauk je dengan sayur tu pon beli sebab faktor kerja kan. Sya bnyak buat IF la dan tak makan malam dan yang wajib 4 liter air sehari.

Tapi diet ni kena ada disiplin je awak. Buat ikut kemampuan kita dan yakin dengan diri kita. Jangan dengar apa orang cakap, orang rendah kan cara kita, kita kutip kata-kata tu dan bukti kan yang kita boleh buat. Jangan terus down, kalau down duduk depan cermin dan cakap pada diri kita ” AKU BOLEH !!! “

Tips Turun Berat Badan

– Joging & skipping 500×1000

– Kurangkn kuantiti nasi

– Tolak gula

– Amalkan buah dan sayur yang bnyak  

GOOD LUCK SEMUA!  Doakn sya capai target sya 55kg tahun ni.

Sumber : Azie Yonie

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×