Famili

“Tolong Pegang Tangan Anak”- Detik Cemas Anak Nyaris Diculik Di Bazar Ramadan

1K
SHARES

Sesak dan panas adalah situasi yang anda bakal rasai apabila berkunjung ke bazar Ramadan. Sudahlah tidak selesa, malah ada juga dalam kalangan ibu bapa yang masih membawa anak-anak ke bazar Ramadan tanpa penjagaan yang rapi. Penting untuk ibu bapa peka dengan keadaan bazar yang sesak ini supaya tidak berlaku kes penculikan atau kehilangan anak-anak.

Begitu juga dengan situasi yang berlaku di hadapan saudara ini dimana beliau hampir menyaksikan kejadian culik kanak-kanak di bazar Ramadan. Lantas, beliau berpesan supaya ibu bapa perlu sentiasa memegang tangan dan peka dengan lokasi anak-anak dalam keadaan yang sesak.

TOLONG PEGANG TANGAN ANAK!

Salam. Mintak pesan-pesankan lah kepada ibu bapa yang bawak anak pergi ke bazar Ramadhan terutamanya yang bazarnya sesak, TOLONG perhatikan dan pegang anak anda sebaiknya..!

Benda ni berlaku semalam di bazar ramadhan depan mata saya sendiri. Agak menakutkan jugak benda camni. Keadaan bazar memang sesak, padat terutamanya dalam waktu hampir berbuka, dan masa tu saya sedang bersesak nak beli juadah, depan saya ada sorang akak dengan baby (berdukung) dan anak perempuan seorang ikut belakang dia. Akak ni tangan dia dah penuh satu berdukung, satu lagi bawak makanan jadi tak dapat pegang tangan ank dia sorg lagi. So jalan la slow-slow hadap jem dalam bazar ni pastu bila sampai kat persimpangan dalam bazar tu, waktu ni yang scary ni.

TIBA-TIBA ADA ORANG TARIK TANGAN ANAK

Ada la sorang brader ni tiba-tiba potong line depan saya, then terus tarik anak pompuan akak tu nak bawak budak tu masuk simpang lain. Nak kira bernasib baik akak tu, brader tu terlanggar orang masa nak tarik budak tu, pastu akak tu pusing blakang, terus brader tu lepas budak tu then mencelah laju-laju belah ikot simpang lain tu. Akak tu pandang belakang tengok anak dia takde, toleh ke tepi baru ada. Tapi akak tu tak tahu pun anak dia kena tarik, cume dia pusing belakang waktu brader tu terlanggar org, bukan masa anak dia ditarik.

“BRADER NI DAH LAMA PERATI AKAK TU..TUNGGU MASA JE..”

Nasib masa tu saya tengah pandang depan, so saya perasan la cuma saya jadi beku jap nak proses situasi tu. Tapi buatnya saya tengah syok pandang makanan di bazar memang takkan sedar la kalau benda ni jadi. Kalau incase tak berlanggar tu, memang saya akan cuba tolong budak tu tapi nasib baik sangat la tak sempat apa-apa lagi budak tu dah selamat. Benda ni jadi laju gila, sampai simpang terus tarik masuk simpang tepi, si mak jalan terus tak tahu apa jadi. Nampak macam brader ni dah lama perati akak tu, tunggu masa je nak buat kerja. Saya pun tak pasti lah apa yang berlaku, dah cuba bersangka baik tapi tetap rasa memang cubaan culik budak. Tuhan sahaja yang tahu niat manusia. Makanya berhati-hatilah, dalam keadaan bersesak orang dalam bazar dengan panasnya kadang kita jadi tak peka.

Semoga kita semua terhindar dari perkara buruk & perbuatan aniaya. InsyaAllah.

Sumber : Muhammad Faiz Haziq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×