Nak adakan parti hari jadi untuk anak anda? Eee.. seronoknya! Tetapi, macam mana nak ‘organize’ ye? Nak mula kat mana pulak? Sebelum anda mula menggaru kepala dan stres pasal parti ini, kami ingin berkongsi tips-tips yang akan membantu anda mengatur parti anda seperti seorang pro!
1. Pastikan tema parti yang anda ingin.
Samada anda ingin adakan parti tepi kolam atau di perkarangan rumah, ataupun di sesebuah lokasi yang sesuai, pilihan tema amatlah penting supaya anda dapat rancang dengan teliti. Tanya anak anda apa minat dia. Tetapi biasanya kalau ini adalah ulang tahun pertama anak anda, maka ianya benar-benar adalah untuk orang dewasa. Kan? Jadi pilihlah tema yang sesuai dan menarik.
2. Bajet dan lokasi.
Pilihan lokasi dan bajet anda adalah faktor yang penting dalam menjayakan parti anda. Selalunya anda akan inginkan lokasi yang ‘fuss-free’ untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada para tetamu dan budak-budak yang pasti akan berlari ke sana ke mari. Jadi, kalau bajet anda ‘tight’ , boleh buat parti kat rumah atau parti jenis DIY . Dan kalau anda ada bajet lebih sikit, anda boleh adakan parti anda di lokasi-lokasi yang menarik. Cuba tengok di laman web VMO (disebut sebagai ‘vee mo’), mereka boleh membantu anda menyemak imbas jenis lokasi yang ‘best’ dan sesuai dengan tema anda mengikut bajet anda. Dan anda juga boleh buat tempahan secara segera, ‘instant booking’. Lepas tu, anda dah boleh mula ‘shortlist’ lokasi anda dan boleh mula merangka senarai tetamu atau ‘guest list’.
3. Senarai tetamu.
Sebagai panduan, mulakan senarai anda dengan nama-nama budak atau kawan yang anak anda ingin menjemput (jangan lupa ibubapa mereka!). Ingat, bajet untuk kedua ibubapa kawan tersebut termasuk anak-anak mereka yang lain. Ada juga ibubapa yang lebih gemar menghantar anak mereka ke parti dan menjemput mereka selepas selesainya parti itu. Pastikan anda catatkan senarai ini di buku nota. Selepas anda ‘confirm’ senarai tetamu anda baru lah dapat anggarkan jumlah tetamu yang dijangka akan hadir. Sekarang anda boleh tempah lokasi anda! Kalau buat kat rumah, tak payah la nak tempah lokasi.
4. Hantarkan jemputan.
Sama ada anda ingin membuat panggilan atau menjemput melalui media sosial atau ‘group chat’ untuk menjimat kos percetakan, pastikan anda menjemput 23 minggu lebih awal dari tarikh parti anda. Ini akan memberi masa para tetamu anda meluangkan masa untuk menghadiri parti anda.
5. Menu, dekorasi dan keseronokan.
Ada juga lokasi yang dah cantik dan tak perlu dekorasi yang berlebihan, cuma perlu hiaskan dengan belon dan reben saja. Ianya juga berpandukan jenis permainan yang bakal dianjurkan, dan tema anda. Kalau bijak, pilihlah permainan yang sering dimainkan atau pilih yang bersesuaian dengan tema. Jangan lupa, budak-budak suka berlari ke sana ke mari, jadi pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk mereka.
VMO juga menawarkan perkhidmatan untuk ahli silap mata, kostum, hiasan belon, tempahan makanan, tempahan kek dan banyak lagi, supaya anda dapat menikmati dan enjoy parti anda sendiri. Jangan lupa pastikan sekiranya tetamu anda ada mempunyai sebarang alergi makanan sebelum menentukan menu ya? Sebaiknya elakkan daripada makanan yang mengandungi kacang. Terakhir sekali, pastikan anda ‘ enjoy’ dan berseronok walaupun kek anda cair di kehangantan musim panas ini atau budak-budak menarik semua hiasan cantik anda!