“Kalau tertinggal dalam pelajaran, jangan putus harapan. Terus ulang kaji dan gandakan usaha.” Itulah pesanan tokoh negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada generasi muda yang ingin berjaya dalam akademik dan kehidupan secara umum.
Menceritakan kembali pengalaman zaman persekolahannya, Dr Mahathir mengimbas semangat bersaing yang pernah wujud antara dirinya dan seorang lagi pelajar di dalam kelas. Beliau sentiasa bertekad untuk berada di tempat teratas.
Baca juga: Nahas UPSI: Nurly Shahirah Hafaz 30 Juzuk, ‘Pergi’ Dengan Al-Quran Di Dada & Tangan
TUN M DEDAH ‘RAHSIA’ BERJAYA DALAM AKADEMIK, JOM IKUT

Vealthme
Namun, semasa menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, beliau menyedari bahawa tahap kelulusannya tidak setanding dengan rakan-rakan sekelas.
“Saya perlu kejar mereka. Jadi, saya ambil pendekatan belajar bersungguh-sungguh. Buku teks saya ulang baca berkali-kali. Bukan untuk hafal, tapi bila dibaca berulang, kita lebih faham,” jelasnya dalam satu video podcast.
Selain itu. beliau turut menambah bahawa dengan mengulang pembacaan dapat membantu memberi gambaran yang lebih jelas dalam fikiran, sekaligus memudahkan ketika menjawab soalan peperiksaan. Beliau percaya, apa-apa kemahiran pun boleh dikuasai jika dilakukan secara konsisten.
“Macam kenal wajah kawan, bukan sebab hafal pun, tapi sebab selalu tengok. Ilmu pun macam itu. Kalau ulang baca, lama-lama kita nampak dan faham,” katanya.
Dr Mahathir turut berkongsi pengalaman dalam bidang seni ukiran di mana menurutnya, hasil awal mungkin kurang memuaskan, tetapi dengan latihan berterusan, mutu akan meningkat.
Beliau juga menggalakkan anak muda agar banyak membaca dan jangan terhadkan buku teks, tetapi baca juga bahan lain untuk menimbulkan minat.
“Kalau jumpa seseorang sekali, mungkin tak ingat. Tapi kalau selalu jumpa, bunyi batuk dia pun kita kenal,” ujarnya bersahaja.
Baca juga: Tun Dr. Mahathir Cecah Usia 100 Tahun, Anak Sulung Syukur Masih Dapat Ketawa Bersama Ayah
Sumber: Facebook
