Percutian

[FOTO] Masjid Terbesar Di Turki Ini Sudah Dibuka Secara Rasmi, Memang Gah Dan Cantik!

1.1K
SHARES
tips travel ke turki

Berkeluasan sebanyak 15 ribu meter persegi di bandar Anatolian, Camilca kini merupakan masjid yang terbesar di negara Turki! Mula melalui fasa pembinaan dari tahun 2013, Masjid Camilca merupakan mega projek di bawah kelolaan President Recep Tayyip Edrogen.

MASJID TERBESAR DIREKA OLEH DUA ORANG ARKITEK WANITA TURKI

Apa yang lebih membanggakan adalah, Masjid Camilca ini direka oleh dua orang arkitek wanita iaitu Bahar Mizrak dan Hayriye Gul Totu, yang menelan kos sebanyak $66.5 million. Telah dibuka secara rasmi pada 9 Mac lalu, sudah pastinya masjid ini akan menjadi tumpuan umat Islam di Turki pada bulan Ramadan yang akan datang. Bukan itu sahaja, para pelancong dari serata dunia juga pastinya tidak akan ketinggalan untuk melihat betapa gahnya masjid terbesar ini.

Masjid ini mampu menampung sebanyak 60 ribu jemaah dalam satu masa. Memang besar dan luas! Jom kita lihat foto-foto menarik sepanjang hari pertama masjid ini dibuka untuk orang ramai.

Suasana ketika solat hari pertama pembukaan Masjid Camilca.

Buat anda yang bakal ke negara Turki, jangan terlepas untuk melawat Masjid Camilca yang terletak di Camilca Hill.

Sumber : Pacific Standard

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×