Nur

10 Cara Anda Boleh Lakukan Supaya Boleh Pergi Haji Secara ‘Express’ Pada Usia Muda

663
SHARES

Siapa sahaja yang tidak memasang impian untuk menjejakkan kaki di Bumi Mekah. Tanah Suci ini menjadi tempat seluruh umat Islam di dunia beribadah kepada Yang Maha Esa. Memerlukan tenaga yang banyak adalah cabaran yang bakal diharungi oleh para jemaah yang rata-ratanya terdiri dari golongan warga emas. Tidak ramai orang muda yang kelihatan menunaikan ibadah Haji kerana berpendapat bahawa proses akan menjadi lebih sukar kerana mengutamakan golongan tua.

Oleh itu, buat golongan muda yang mempunyai hajat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dengan cepat sementara masih muda bertenaga, ini adalah beberapa tips yang anda boleh amalkan. Semoga dipermudahkan!

TERINGIN NAK PERGI HAJI CEPAT? INI 15 CARA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

“Malam ni bila ke Bangi nak hantar tetamu Allah hati terdetik saya bila lagi”

Ikut survey yang saya buat dengan tanya kat kekawan rate yang paling murah untuk pergi haji sekarang RM10 ribu seorang. Kalau pakej paling kurang dalam RM25 ribu seorang. Pakej yang paling mahal tahun ni mencecah hampir RM150 ribu, memang dapat hotel betul-betul depan masjid.

Jadi kat sini, saya nak kongsi tips-tips yang boleh digunakan supaya dapat cepat pergi haji. Harapan saya semoga dapat bantu ramai orang di luar sana untuk tunaikan haji ketika usia muda masa badan masih sihat. Kesian tengok ramai jemaah haji yang sudah berumur tak berapa larat nak menunaikan ibadah dengan sempurna. Ada yang berkerusi roda, ada yang bertongkat, ada yang hari-hari pegi klinik dan yang hilang ingatan sampai tak ingat pun dia berada di Mekah.

Tips-tips yang saya nak kongsikan ni tak susah pun, cuma kita nak buat ke tak nak je :

1.Buka akaun Tabung Haji

Bagi rakyat Malaysia, kalau nak pegi haji, MESTI buka akaun dengan Tabung Haji dahulu. Sebab yang uruskan kuota haji Malaysia adalah Tabung Haji.

2.Simpan minimum RM1300 dalam Tabung Haji sebagai pendaftaran haji.

Lepas dah ada akaun, kita mesti simpan SEKURANG-KURANGNYA RM1300 dalam akaun kita. Ni SANGAT PENTING untuk dapatkan giliran haji. Selagi kita takde simpanan minimum RM1300 ni, kita takkan dapat tahu giliran kita.

3.Masukkan duit sebanyak RM1300 dalam akaun Tabung Haji

Untuk para ibu bapa, saya sangat sarankan anda buka akaun Tabung Haji seawal yang mungkin untuk anak anda, kalau boleh lepas anak lahir dan ada surat beranak, terus pergi buka akaun untuk mereka.

Kalau anda mampu, masukkan terus RM1300 dalam akaun anak anda supaya mereka terus dapat giliran haji. Kalau tak mampu, bila anak anda dapat duit raya nanti, daripada dia guna beli mainan, ambil lah duit tu dan masukkan dalam akaun Tabung Haji mereka. Untuk kita yang dah besar ni, it’s never too late. Cukupkan duit untuk diri kita dahulu supaya kita dapat giliran haji. Pihak Tabung Haji beritahu yang kalau kita daftar sekarang, giliran yang diberikan adalah pada tahun 2100.

Kalau ikutkan memang tak logiklah kita nak pergi haji masa tu, mungkin kita dah dalam kubur. Kalau masih hidup pun, umur kita dah lebih 100 tahun. Tapi takpe, yang penting kita usaha dulu.

Kat bawah nanti saya cerita cara nak cepatkan giliran. Ada rezeki, mungkin tahun depan terus kita boleh pergi haji walaupun giliran kita asalnya tahun 2100. Pada masa yang sama cukupkanlah simpanan untuk akaun anak kita secepatnya. Untuk para ibu bapa, inilah antara hadiah terbaik yang kita boleh berikan pada anak kita. Bila mereka buat haji besok nanti, in sha Allah kita pun dapat bahagian pahalanya.

4.Bawa penyata KWSP

Kalau kita takde cash RM1300 untuk masukkan dalam Tabung Haji, jangan risau, ada satu lagi cara. Kalau kita bekerja, print sahaja penyata KWSP yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Tak susah pun kan?

Kalau kita sibuk dan tak sempat nak pergi Tabung Haji, zaman sekarang dah senang. Selain cawangan TH, kita boleh je mendaftar giliran haji di laman web TH, cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank atau ATM BIMB. Yang penting ada simpanan minimum RM1300.

Sekarang ni saya nak cerita pula macam mana cara nak cepatkan giliran haji kita. Ada cara biasa dan cara luar biasa. Ada juga cara yang kita siap boleh pergi haji free lagi. Cara pertama yang biasa orang buat untuk cepatkan giliran adalah dengan buat RAYUAN pada Tabung Haji.

Kenapa ye kalau buat rayuan boleh cepatkan giliran? Sebabnya, ramai orang yang dapat panggilan haji pasti akan ada yg tidak dapat pergi atas pelbagai faktor seperti masalah kesihatan, kematian, tiada mahram, hamil, duit belum cukup dan macam-macam lagi sebab.

Pegawai Tabung Haji beritahu, tahun ini saja 60% yang menerima panggilan haji di Kuala Lumpur tak dapat pergi sebab gagal melepasi pemeriksaan kesihatan. Jumlahnya lebih kurang 2500 orang. Ini baru KL, belum masuk negeri lain lagi. Jadi mereka yang buat rayuanlah yang akan dipilih untuk ganti tempat yang kosong ni. Untuk bagi rayuan anda lebih mudah diterima di kalangan puluhan ribu rayuan yang lain, ini ada tips penting:

5.Cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji

Cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji anda sekurang-kurangnya bersamaan dengan jumlah terendah bayaran haji untuk tahun tersebut. Untuk tahun ni, bayaran haji paling rendah adalah dalam RM10 ribu untuk pergi bersama Tabung Haji (Muassasah).

Dalam surat rayuan anda, sila nyatakan yang duit anda dah cukup dan anda bersedia untuk pergi haji bila-bila masa. Barulah pegawai Tabung Haji senang nak bagi giliran pada anda, sebab dia tahu anda memang dah mampu pergi.

6.Nyatakan kebaikan dalam surat rayuan

Dalam surat rayuan anda, nyatakan secara baik dan sopan apa kebaikannya kepada Tabung Haji kalau mereka bagi anda pergi haji segera. Sebagai contoh:

(a) Cakaplah anda masih sihat dan tiada penyakit, jadi takkan menyusahkan Tabung Haji di sana nanti. Faktor kesihatan adalah faktor utama kenapa ramai gagal untuk pergi haji. Jadi kalau anda sihat, besarlah peluang anda nak dapat pergi haji.

(b) Beritahu apa khidmat yang anda boleh sumbangkan di tanah suci nanti. Kalau anda doktor, beritahu dalam surat rayuan yang anda adalah doktor dan boleh bantu untuk memberi khidmat kesihatan bila diperlukan di sana.

Kalau anda masih muda dan gagah, beritahu yang anda nanti boleh bantu untuk tolong jemaah lain yang tak larat. Senang cerita, letak je dalam surat rayuan tu apa sahaja yang anda boleh sumbangkan untuk bantu kerja Tabung Haji. Sebab memang susah beb kerja Tabung Haji di sana, macam-macam masalah yang mereka kena uruskan. Siapa lagi nak bantu kalau bukan para jemaah.

Kalau suami/ayah atau sesiapa mahram anda dapat panggilan tetapi anda tidak, beritahu dalam surat rayuan yang kalau anda dapat ikut sekali, akan jimatkan kuota haji pada masa akan datang, sebab mahram anda tak perlu pergi lagi sekali untuk teman anda.

7.Hantar surat rayuan anda secepat mungkin bila kaunter rayuan sudah dibuka.

Biasanya kaunter rayuan akan dibuka sebulan dua selepas setiap musim haji. Nak tarikh lagi tepat, boleh call no Tabung Haji di 03-6207 1919. Kenapa kena hantar segera? Sebab Tabung Haji akan nilai secara first come first serve. Jadi katakan ada mana-mana jemaah yang tolak tawaran atau tak dapat pergi atas macam-macam sebab, tawaran baru akan terus dibuat secepatnya kepada orang lain.

Kalau anda merayu dan tak dapat untuk tahun tersebut, jangan putus asa, cuba lagi hantar rayuan pada tahun berikutnya. Rayuan kena buat setiap tahun sampai dapat, jangan buat sekali je ye.

8. Jangan kritik Tabung Haji

Dalam surat rayuan tu, jangan sesekali kritik atau marah Tabung Haji sebab masih tak bagi kita giliran walaupun kita dah banyak kali merayu. Ni nak bagitau pula cara-cara lain yang jarang kita dengar untuk cepatkan giliran haji:

9.Cari jodoh yang giliran hajinya dah dekat.

Lepas ni mungkin boleh masuk dalam kriteria untuk pilih bakal suami atau isteri, selain cantik, hensem dan pandai memasak. Sebabnya, kalau isteri pergi haji, memang automatik mahramnya akan dapat pergi haji, jadi suamilah orangnya yang akan teman.

Kalau suami pula yang dapat, walaupun tak automatik dan masih perlu buat rayuan, biasanya lebih mudah untuk dapat berbanding kes lain.

10.Pergi melalui pakej

Kalau pergi melalui pakej, taklah automatik dapat. Biasanya masih kena tunggu giliran daripada Tabung Haji juga. Ramai je yang kaya raya mampu guna pakej, tapi masih tak dapat-dapat pergi sebab giliran belum dapat.

Cuma kadangkala ada sedikit kuota yang diperuntukkan pada beberapa travel agency terpilih untuk bawa jemaah haji. Kadangkala kuota tu last minute baru dapat. Jadi kalau anda memang banyak duit, boleh guna cara ni. Cubalah tanya mana-mana travel agency yang famous, mungkin ada rezeki anda. Dan cara ni bagi kita motivasi utk cari lebih pendapatan.

*Orang selalu kata pergi haji ni jemputan Allah. Sama macam jodoh dan ajal maut. Saya nak beritahu je memang jemputan haji, jodoh dan maut di tangan Allah. Tapi ingat bukan tu sahaja takdir Allah, tapi semua benda yang berlaku kat dunia ni pun memang takdir Allah.

Kat dunia ni, Allah nak tengok apa usaha kita. Sebagai manusia, kita buatlah kerja kita iaitu usaha untuk dapatkan pergi haji ni. Dapat atau tidak nanti tu bukan urusan kita, tu kerja Allah. Sekurang-kurangnya kalau kita mati nanti, walaupun tak sempat pergi haji, kita boleh jawab yang kita dah usaha seboleh mungkin untuk pergi, cuma tak dapat je.

Ni kalau buka akaun Tabung Haji pun malas, jawapan apa kita nak bagi kat Allah nanti. Jadi kalau kita da umur lewat mcm saya 39 tahun, 40 atau 50 jgn risau. Jika kita tak sempat buat haji masa hidup kita boleh tinggalkan pada waris kita untuk buat BADAL HAJI utk kita dgn cara mencarum Rm75 sebulan dlm pakej istimewa ni.

Sumber : Hairul Anuar Misman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×