DIY & Kraf

‘Jahit Butang Je…’, Ini Tips Mudahkan Anak Yang Bertudung Pakai Mask Ke Sekolah

12.3K
SHARES

Memandangkan sekolah dah bermula, mesti mak-mak makin sibuk buat persiapan anak-anak ke sekolah kan?

Dah macam awal tahun, tapi kali ini tentu berbeza kerana kita sedang cuba mengamalkan norma baharu dalam setiap aspek kehidupan.

Kalau ikut SOP baharu di sekolah, anak-anak juga digalakkan memakai mask atau pelitup muka bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Bagi anak-anak yang bertudung mesti agak leceh dan susah nak pakai mask ni. Samalah macam kita mak-mak yang bertudung kan?

Tips Mudahkan Anak Pakai Mask Di Sekolah

Ada satu perkongsian yang beri idea untuk mudahkan anak pakai mask di sekolah.

Jadi saya pun cuba DIY ikut idea ni.

Memang simple tapi ternyata sangat memudahkan.

Anak saya yang darjah 2 boleh pakai dan buka mask dengan mudah tanpa bantuan.

Rasanya kalau tengok pun dah boleh agak nak buat macam mana kan?

Tapi takpelah.

Bagi yang tak tahu, di sini saya kongsikan caranya yang sangat mudah.

Cara-cara

1. Sediakan alatan basic untuk jahit tangan – benang, jarum dan 2 biji butang, kalau boleh yang warna putih / clear sama dengan tudung sekolah.

2. Suruh anak pakai tudung dan ukur mask dekat muka untuk dapatkan point nak jahit butang. Agak-agak dekat atas telinga dia. Tandakan dengan pensel.

3. Jahit je butang tu dekat tanda tadi.

Jahit butang di tudung sekolah

4. OK siap!

Kejap je. 2-3 minit boleh siap ni.

Tips mudahkan anak pakai mask ke sekolah

Suruh anak test dulu tengok selesa ke tak. Minta dia pakai dan buka sendiri 2-3 kali.

Kalau ok bolehlah buat dekat tudung yang lain.

Tips mudahkan anak pakai mask ke sekolah

Simple je kan?

So lepas ni tak risaulah nak beli mask apa untuk dia sebab kebanyakan jenis yang dijual tu jenis yang sangkut dekat telinga ni.

Kalau bagi extender, takut ada yang tak reti nak pakai dan buka sendiri.

Apapun, ikutlah keselesaan masing-masing.

Yang penting, patuhi SOP dan sama-sama amalkan norma baharu di sekolah dan di mana-mana saja kita berada ok!

Semoga bermanfaat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×