40 Minggu

5 Perkara ‘Annoying’ Orang Selalu Cakap Bila Kita Mengandung Anak Kedua

Orang kata, mengandung anak kedua ni tak sama auranya dengan mengandung anak sulung dulu. Kalau dulu orang cuma ucap ‘tahniah’, tapi masa mengandung kali kedua ini biasanya lain pula reaksinya. Sesetengahnya memang boleh buat kita sentap dan makan hati berulam jantung!

Ini antara benda biasa yang anda akan selalu dengar dan kena ‘tebal’kan telinga.

risiko hamil lewat usia

Foto Kredit: hopkinsmedicine.org/

5 Perkara ‘Annoying’ Orang Selalu Cakap Bila Kita Mengandung Anak Kedua

1. “Laa… Tak merancang ke?”

Bagi yang masih ada anak kecil, kehamilan seterusnya dalam masa terdekat mungkin bukanlah pilihan anda. Dah macam-macam jenis perancang dicuba tapi tak sesuai dengan badan. Mungkin ada yang nak cuba rancang sendiri tapi terlepas juga. Apapun, dah rezeki… Takkan nak menolak pula kan?

Tolonglah faham yang kita sendiri dah rasa stres masa mula-mula tengok 2 line yang naik masa buat pregnancy test. Harapnya orang lain pun janganlah pula tambahkan pressure lagi.

http://www.istockphoto.com/

2. “Kesian anak sulung kau, tak sempat nak bermanja.”

Komen begini sebenarnya boleh buat ibu rasa bersalah dan sayu je rasa hati. Tapi Mama janganlah berfikiran negatif ya. Anda bukannya nak pergi mana-mana walaupun dah ada anak kedua.

Walaupun akan bertambah sibuk, kasih sayang kita pada anak tetap tak berbelah bagi. Tak ada siapa yang boleh sangkal kenyataan ini.

Foto Kredit: 123rf.com

3. “Ala… Ruginya tak dapat baby boy / girl…”

Bagi yang dulunya dapat baby boy, orang mesti expect kita nak baby girl. Dan begitulah juga sebaliknya. Salahkah kalau kita ada semua anak perempuan atau semua anak lelaki?

Tak kisahlah anak perempuan atau anak lelaki, yang penting kita selalu doa dan minta supaya biarlah anak yang dilahirkan menjadi orang yang berguna.

tahu jantina bayi

Foto Kredit: s3.amazonaws.com

4. “Anak kedua ni selalunya senang sikit…”

Sebenarnya, tak semua kehamilan tu sama. Walaupun kita pernah melalui proses mengandung dan melahirkan sebelum ini, tak semestinya keadaan kesihatan kita bertambah baik atau sama seperti dahulu.

Bahkan, ibu mungkin lebih cepat letih atau terpaksa berdepan dengan masalah seperti low hb dan sebagainya. Mana tidaknya, dengan ada seorang anak yang perlu diurus dan seorang lagi di dalam perut, ia dah tentu sebuah pengalaman baru yang lebih mencabar!

Kepada suami terutamanya, jangan percaya dengan ayat begini sebab isteri sangat memerlukan anda sepanjang proses mengandung mahupun masa bersalin nanti, sekalipun ianya kehamilan kali kedua, ketiga, dan seterusnya.

Foto kredit: apteka.ru

5. “Habislah Mama dah tak sayang abang / kakak lagi.”

Rasanya kita paling bengang bila orang cakap macam ni dekat anak sulung kita. Walaupun cuma mengusik, tak patutlah kita takut-takutkan budak dengan lawak yang tak kelakar langsung tu.

Sekalipun mereka cuma budak-budak, bukannya bermaksud mereka tak faham dan tak ada perasaan. Salah faham yang timbul dalam diri mereka boleh menyebabkan anak itu fobia dan berasa hati dengan ibu bapa.

Bagi yang tak tahu, mari sini nak ingatkan sebuah kes di mana seorang anak 4 tahun bertindak membunuh adiknya sendiri. Ianya gara-gara diusik oleh mereka yang bertanggungjawab yang selalu cakap ayat begini pada si kecil. Emosi mereka yang tak matang pula akhirnya bertindak memijak adiknya yang masih bayi atas alasan mahukan perhatian daripada ibu bapanya. Haa… Nak bergurau pun biarlah bertempat ya!

Cukuplah Ucapan Tahniah

Kalau tak tahu nak cakap apa-apa yang baik, tak perlulah mengeluarkan kata-kata yang sinis – bukan saja pada ibu yang tengah mengandung anak kedua, tetapi pada sesiapa saja.

Kadangkala, ucapan yang ringkas seperti ‘tahniah’ atau ‘alhamdulillah’ adalah lebih bermakna dan sedap didengar.

Yang Popular

To Top