Famili

3 Tips Memasak Untuk Ibu Bekerja Dari Sheila Rusly

91
SHARES

Siapa yang tak kenal dengan Sheila Rusly, seorang pelakon dan pengarah yang sangat aktif dengan aktiviti memasak. Ia terbukti menerusi rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan yang sangat popular sepanjang bulan Ramadhan.

Selain itu, pelbagai idea dan resipi masakan yang diketengahkan menerusi fanpage Resepi Sheila Rusly menjadikan beliau salah satu ikon masakan yang diminati ramai.

Jalankan tanggungjawab

Dalam pada itu, kesibukan bekerja beliau sedikit pun tidak menjadi penghalang kepada minat dan tanggungjawab dalam menguruskan keluarga.

Duta MAGGI® CukupRasa™, yang terbaru, Sheila Rusly (kiri), seorang selebriti dan produser, bersama Ms. Rosalyn Simba (kanan), Pengurus Eksekutif Perniagaan, Bahagian Makanan, Nestlé (Malaysia) Berhad di majlis pelancaran bertempat di Dapur MAGGI® Masak-Masak

Duta MAGGI® CukupRasa™, yang terbaru, Sheila Rusly (kiri), seorang selebriti dan produser, bersama Ms. Rosalyn Simba (kanan), Pengurus Eksekutif Perniagaan, Bahagian Makanan, Nestlé (Malaysia) Berhad di majlis pelancaran bertempat di MAGGI® Masak-Masak Kitchen

Atas sebab itu juga, beliau telah dilantik sebagai duta terbaru MAGGI® CukupRasa™ yang percaya bahawa aktiviti makan bersama-sama merupakan aktiviti terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Tentunya Sheila Rusly boleh menjadi inspirasi kepada ramai kaum ibu sekarang yang begitu sibuk bekerja dan mungkin mempunyai perniagaan sendiri.

Dengan mengaplikasikan cara memasak yang praktikal, setiap surirumah mahupun ibu bekerja mampu menyediakan hidangan lazat dan istimewa buat seisi keluarga.

Berikut adalah 3 tips yang boleh dipraktikkan.

sheila rusly

Kanak-kanak dari Pusat Jagaan Budaya Harapan tersenyumgembira kerana berpeluang bertemu Sheila Rusly, duta terbaru MAGGI® CukupRasa™ di Rumah Terbuka Nestle baru-baru ini

1. Urus masa dengan bijak

 Sebagai seorang ibu bekerja, waktu kita di rumah sangat terbatas. Dengan waktu yang terbatas itulah kita harus pandai menguruskan masa.

Oleh itu, atur kehidupan kita dan berdisiplin dengan waktu untuk:

  • Balik kerja
  • Waktu untuk memasak bila sampai rumah
  • Dan waktu yang diambil untuk memasak

Ini penting bagi memastikan hidangan dapat disediakan tepat pada masanya dan agar anak-anak tidak kelaparan.

Anda boleh memilih waktu hujung minggu contohnya untuk menguruskan persiapan segala bahan basah yang akan diperlukan untuk seminggu.

2. Senaraikan menu masakan untuk seminggu

Rancang menu masakan untuk seminggu. Contoh, hari pertama nasi goreng. Hari ke 2 pasta, hari ke 3 nasi putih, sambal telur, sayur goreng dan diikuti dengan hari-hari yang seterusnya.

Jadual memang penting untuk mengurangkan bebanan kepala berfikir menu pada setiap hari.

Pilihan menu yang ringkas dan mudah dimasak juga dapat membantu para ibu memasak dalam masa yang paling minima.

Walaubagaimanapun pastikan menu pilihan adalah seimbang dan memenuhi keperluan nutrisi setiap ahli keluarga.

3. Siapkan bahan-bahan basah dahulu, simpan dalam peti sejuk

Bagi memudahkan kerja-kerja menumis, sediakan cili kering, bawang merah dan bawang putih yang telah siap dikisar.

Terdapat juga cili dan bawang yang telah siap dijual di pasaran. Bahan tersebut semuanya boleh distokkan dalam bekas dan disimpan dalam peti ais.

Begitu juga dengan bahan mentah. Bekukan semua stok bahan basah / mentah seperti ayam, ikan, daging, udang, sotong dan ketam yang telah siap disiang, dicuci serta dibersihkan. Letakkan di dalam bekas mengikut portion masing-masing untuk disimpan di dalam peti ais.

Ia bukan sahaja mempercepatkan proses memasak malah ia dapat memastikan kesegaran ayam, ikan dan bahan-bahan yang lain tahan lebih lama kerana tidak melalui proses sejukbeku dan cair berkali-kali.

Sayur-sayuran juga perlu dibersihkan dan siap dipotong sebelum disimpan di dalam peti ais.

Seperti bahan basah tadi, simpan sayuran juga mengikut portion dan pastikan mengikut jenis sayuran. Tapi perlu ingat, ada sayuran yang tidak sesuai dipotong dahulu kerana mudah layu.

Sheila sedang beraksi di dapur Maggi

Sheila sedang beraksi di MAGGI® Masak-Masak Kitchen

Itulah antara tips-tips yang boleh diamalkan di dapur bagi membantu ibu-ibu di luar sana yang bekerja untuk memasak dengan cara mudah dan pantas serta menjimatkan masa.

Malah, dapur juga akan kelihatan kemas dan bersih!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×