MAGGI® CukupRasa™ mengumumkan usahasama dengan duta barunya, Sheila Rusly – seorang selebriti dan penerbit tempatan yang telah memenangi pelbagai anugerah.
Usahasama dengan Sheila Rusly seorang isteri yang penyayang dan ibu kepada dua orang anak ini bertujuan untuk menggalakkan ibu-ibu di Malaysia agar memasak dengan yakin dan sentiasa mencuba resipi-resipi baru.
Hidangan masakan di rumah menyatukan kita bersama yang tersayang. MAGGI® CukupRasa™ percaya bahawa aktiviti makan bersama-sama merupakan aktiviti terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga. Setiap hidangan yang disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang segar, air tangan ibu dan MAGGI® CukupRasa™ dijamin berkualiti dan dipenuhi dengan kasih sayang.
Sheila Rusly ‘Role Model’ Ibu Bekerjaya Yang Cekap Memasak
Namun, dengan hidup yang semakin sibuk, penyediaan hidangan di rumah menjadi semakin mencabar. Sheila adalah contoh yang baik untuk rakyat Malaysia kerana beliau mampu mengimbangkan kerjayanya sambil menguruskan keluarganya. Walaupun jadualnya begitu padat, beliau bijak menginovasi resipi-resipinya dan sentiasa mencari jalan untuk menghebatkan lagi rasa masakannya.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Sheila Rusly yang pandai memasak dan percayaakan kepentingan memasak di rumah. Beliau adalah bukti kepercayaan kami bahawa detik-detik yang paling indah tercipta apabila menikmati hidangan yang lazat dan kami teruja untuk bekerjasama dengan beliau dalam menyebarkan kegembiraan dan mendorong penyediaan masakan di rumah. Kami berharap beliau akan terus memberi ilham kepada ibu-ibu dengan idea-idea hidangan baru yang lazat dan sihat,” kata Rosalyn Simba, PengurusEksekutifPerniagaan, Bahagian Makanan, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Penambah Perasa Semua-Dalam-Satu
Sheila yang turut berkongsi pandangan yang sama menceritakan bahawa keluarganya kini lebih menikmati masakannya selepas beliau menemui MAGGI® CukupRasa™, penambah perasa semua-dalam-satu yang hebat di mana setiap butiran dilengkapi dengan bawang segar, rempah-ratus seimbang dan kepadatan rasa yang membangkitkan lagi rasa apa jua masakannya. Sejak penemuannya, beliau sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kemahiran memasaknya dan mencipta resipi-resipi baru untuk keluarganya kerana MAGGI® CukupRasa™ melazatkan lagi rasa masakannya!
“Mengimbangkan masa di antara kerja dan keluarga kadangkalanya mencabar kerana jadual saya yang sibuk dan tidak menentu, namun saya sangat gembira apabila keluarga saya menikmati masakan saya di rumah. Tidak kiralah jika anda baru belajar memasak atau sudah mahir, memasak untuk keluarga bukan lagi seperti dulu setelah anda mencuba MAGGI® CukupRasa™!” kata Sheila yang turut menyeru rakyat Malaysia terutamanya yang gemar memasak untuk keluarga mereka, agar mencuba dan merasai perbezaan yang dibawakan oleh MAGGI® CukupRasa™.
Sepanjang usahasama ini, Sheila Rusly akan mencipta dan berkongsi pelbagai resipi hidangan Malaysia yang ditambah dengan MAGGI® CukupRasa™.
Sesi pertemuan eksklusif, demonstrasi masakan dan lebih banyak aktiviti menarik juga akan dijalankan untuk menghiburkan rakyat Malaysia. Mereka yang ingin mencuba pelbagai resipi dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa™ boleh mendapatkannya melalui laman web atau di kedai-kedai runcit, pasaraya hiper dan cawangan runcit lain di seluruh negara. MAGGI® CukupRasa™ boleh didapati dalam pek 25g, 100g dan 300g.
Untuk pelbagai aktiviti menarik dan resipi lazat MAGGI® CukupRasa™, sila ikuti:-
Laman web rasmiMAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGICukupRasaBM
Laman Facebook MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaFB
LamanYoutube MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaYT
Laman Instagram MAGGI® Malaysia :http://bit.ly/MAGGIMalaysiaIG
Laman Facebook Sheila Rusly : http://bit.ly/SheilaRuslyFB
Hashtag rasmi : #MaggiCukupRasa
#MaggiMalaysia