Famili

Kena Buat 11 Perkara Ini Dahulu Kalau Nak Sangat Mandi Sungai & Air Terjun

2
SHARES
tips mandi sungai

Aktiviti beriadah di kawasan air seperti sungai dan air terjun menjadi pilihan ramai keluarga ketika hujung minggu atau cuti sekolah. Hal ini kerana, kawasan ini memberikan ketenangan dan sedikit jauh dari hiruk pikuk bandar. Tapi, disebabkan banyak kes melibatkan kehilangan nyawa akibat kepala air, orang ramai kena peka dengan tips mandi sungai yang betul!

Kalau boleh diminta untuk orang ramai elakkan beriadah di kawasan sungai  buat sementara waktu namun, kalau rasa di hati ingin mandi sungai juga, anda kena perhatikan beberapa tips ini supaya lebih selamat.

Baca juga: 5 Petanda Awal ‘Kepala Air’, Ini Tempoh Masa Untuk Anda Lari Dan Selamatkan Diri!

TIPS MANDI SUNGAI, WASPADA DENGAN KEADAAN SEKELILING

tips mandi sungai

Foto: Mstar

Kita ambil iktibar apa yang berlaku. Ini tips keselamatan mandi sungai yang saya amalkan. Terutamanya sungai yang saya tak pernah sampai sebelum ini.

1. Bila sampai sungai, kalau ada orang tempatan, orang yang meniaga di situ, atau pengunjung lain yang biasa di situ…tanyakan kalau-kalau sungai tu kerap berlaku kepala air. Mereka will be more than glad to give extra information & safety tips, like kat mana spot yang ada air bahaya.

2. Sebelum masuk sungai tengok kawasan tebing sungai... perhatikan kesan-kesan air pasang setinggi mana. Boleh kenalpasti dari kesan-kesan sisa daun dan ranting yang tersangkut di tebing sungai. Boleh nampak seperti satu paras garisan di tebing sungai.

3. Sebelum masuk sungai, anggarkan ke dalaman sungai tu, logiknya kalau spot yang gelap tu, agak dalam la. Kalau batu yang gelap, tanda dia berlumut dan licin. Pakai kasut untuk aktiviti air kalau boleh.

4. Bila dah masuk sungai… kenal pasti siap-siap mana escape route (jalan keluar) paling dekat, paling cepat, paling selamat dan paling tinggi untuk anda selamatkan diri dan keluarga.

5. Semasa mandi, pastikan anda menghadap arah aliran air datang… maksudnya pandang ke hulu la. Supaya nampak bahaya datang, sama ada kepala air atau haiwan dalam air yang glide dengan aliran air, atau kayu-kayu tajam.

6. Sebaik-baiknya… wisel di leher. At least kalau anda nampak bahaya… blow like crazy, akan alert everybody.

7. Spot yang anda mandi tu, kalau boleh pastikan ada clear straight view lebih kurang 50- 100m arah air datang. So boleh nampak kalau kepala air datang dari jauh. Jangan mandi di selekoh.

8. Kalau ada anak-anak kecil… make sure they are within your reach. Budak-budak ni belum well develop dari segi depa punya body coordination, menganggar bahaya etc. Jangan terlalu nak bagi freedom sangat dalam sungai, keep both eyes on them… takut menyesal.

9. Kalau gelap di hulu sungai, air makin berkeladak, daun-daun dalam sungai makin banyak mengalir, berbuih sana sini… ertinya air makin deras. Mungkin hujan di kawasan bukit hulu sungai. Gerak naik segera.

10. Kalau boleh sediakanlah tali, atau buoy ka atau apa-apa yang boleh bantu untuk rescue family atau orang lain.

11. Kalau nak pacak khemah ke, nak buka kerusi healing ke, especially bermalam… saya takkan station tepi sungai yang sama level dengan aras air sungai.

Nota: Pakai baju terang, sekurang-kurangnya kalau terkapai-kapai dalam air, senang orang nampak nak selamatkan. Tapi kalau boleh, jauhkan kawasan sebegini buat sementara ya!

tips mandi sungai

Foto: surfertoday.com

Baca juga: Tak Payah Cari Debu, Ini Cara Betul Tayamum Dalam Pesawat Dengan Mudah!

Sumber: Md Nor Fahmy via Negeri Sembilan Kini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×