Advertorial

“Tak Nak Makan!”: Tips Jadikan Masa Makan Lebih Tenang

34
SHARES

Adakah setiap kali waktu makan keluarga anda diiringi dengan ancaman, ganjaran, tangisan dan juga jeritan? Adakah pada penghujung hari akhirnya anda akur dan menyediakan juga makanan kegemaran anak anda walaupun ia bukanlah hidangan yang seimbang atau sihat semata-mata mahu elakkan ketegangan di meja makan?

1689936

Jika semua di atas adalah situasi yang biasa ketika waktu makan, maka tibalah masa untuk berubah.

Bergantung kepada umur anak anda, waktu makan juga boleh menjadi waktu yang amat menyeronokkan bersama keluarga. Selalunya kanak-kanak menolak untuk menikmati makanan yang terhidang kerana tidak biasa atau bosan dengan rasa yang sama. Mempelbagaikan jenis makanan adalah kunci utama dalam penyediaan makanan untuk anak-anak. Adalah penting untuk mula memperkenalkan mereka rasa yang berbeza, bermula ketika mereka sudah boleh mengambil makanan pejal.

Di sini saya senaraikan beberapa tips yang boleh anda cuba untuk menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan bersama keluarga.

Woman carrying crate of vegetables, mid section

Woman carrying crate of vegetables, mid section

  • Biasakan dengan yang asli dari kecil

Bila menyediakan makanan untuk keluarga terutama untuk si kecil, elakkan perisa yang berlebihan seperti garam atau gula.  Sebaliknya, gunalah bahan asli untuk menambah perisa.  Tahukah anda parutan lobak merah yang dimasukkan ke dalam kuah spaghetti boleh mengimbangkan rasa masam tomato? Ini membantu mengurangkan penggunaan gula dalam masakan. Buah lemon, madu dan halia juga dilihat sebagi ramuan semula jadi yang boleh dicampur dalam masakan bagi menambah rasa masakan anda.

1673778

  • Kaitkan dengan apa yang mereka suka.

Ketika anak saya berumur empat tahun, dia amat suka dinosaur dan selalu berpura-pura menjadi dinosaur. Dia juga belajar yang dinosaur mempunyai spesis herbivor (pemakan daun). Ketika makan salad dia berpura-pura menjadi “bronchosaurus” (spesis herbivor) yang sedang memakan daun pokok.  Kami rasa gembira kerana berjaya memujuknya memakan sayuran. Dia juga gembira kerana melakonkan watak dinosaur dengan jayanya. Jika anak gemar ayam goreng misalnya, usahakan menggunakan gorengan tanpa minyak (air-fry) atau kaedah membakar.

Family looking at girl mixing salad in kitchen

Family looking at girl mixing salad in kitchen

  • Galakkan mereka membantu.

Bermula dengan memilih tomato segar sehinggalah mencuci sayuran di sinki, jadikan mereka sebahagian daripada kru dapur kita. Ajar mereka bagaimana memilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar, bagaimana membezakan ikan yang segar berbanding yang sudah rosak dan membaca tarikh luput makanan. Dengan melibatkan mereka di dalam proses penyediaan makanan, anak-anak akan berasa lebih seronok dan bangga serta tidak sabar menikmati “hasil kerja” mereka bersama ahli keluarga.

Fruit and vegetable basket surrounded by clover

Fruit and vegetable basket surrounded by clover

  • Setiap makanan ada kisahnya.

Ceritakan kepada mereka tentang dari mana asalnya makanan mereka. Beritahu juga kebaikan di dalam setiap makanan. Sebagai contoh, kongsilah dengan mereka kebaikan warna merah di dalam tomato dan lobak merah yang dapat memelihara kesihatan mata. Kalsium yang terkandung di dalam susu dan yogurt memperkuat dan membina gigi dan tulang. Vitamin yang terkandung di dalam buah oren dan jambu pula membantu mereka sihat dan tidak mudah demam. Apabila anak-anak faham akan kebaikan setiap makanan yang ada, lebih mudah untuk memikat mereka untuk menikmatinya.

 

Sebagi ibu bapa, kita perlu menjadi teladan yang baik untuk anak-anak. Jika kita mengharapkan mereka mengambil diet yang sihat, kitalah yang perlu memulakannya dahulu. Jadikanlah waktu makan anda sebagai masa berkualiti bersama keluarga. Berikan anak anda pinggan dan cawan yang menarik supaya anak-anak berasa mereka mempunyai tempat yang istimewa di meja makan. Gunakan masa ini sebaiknya dengan berbicara mengenai perkara positif dan gembira yang telah dilalui pada hari tersebut.

Keluarga yang sihat adalah keluarga yang bahagia.

Ditulis Oleh :Lily Maznah Muas

 

13912906_1196428203709910_2169646284445520512_n 

Ayuh! Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak di Pesta Kanak-Kanak Islam Malaysia (Malaysia Islamic Children’s Fair) pada 2 – 4 Dis 2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.  Pelbagai aktiviti menarik untuk ibubapa dan anak-anak!  Jumpa di sana!  Layari www.micf.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×