Famili

‘Sporting’, Kuat Melayan. Ini 5 Sebab Ibu & Ayah Saudara Sangat Istimewa Bagi Anak Kita

32.7K
SHARES

“Mama, bila kita nak jumpa Acik lagi. Dah lama kan kita tak balik jumpa Acik. Wawa rindulah nak pergi jalan-jalan dengan Acik. Nak ajak main lukis-lukis…”

Selalunya kalau kita ada adik-adik yang belum kahwin, merekalah yang paling rajin melayan anak-anak kita. Sejak anak kita lahir, merekalah yang selalu ada di sisi kita dan baby. Sampailah sekarang, mereka manjakan anak kita macam anak mereka sendiri.

Bila anak kita semakin besar, mesti kita akan perasan hubungan yang unik antara anak kita dengan adik-beradik kita, terutamanya yang lebih muda. Ini 5 sebab kenapa ia sangat istimewa!

5 Sebab Ibu & Ayah Saudara Sangat Istimewa Bagi Anak Kita

1. Perangai ‘Gila-gila’

Apa yang anak-anak paling seronok ialah perangai mereka yang ‘gila-gila’. Asal anak ajak main, no problem. Sekelip mata diorang jadi ‘ketua’. Gelak sakan anak-anak kita. Riuh-rendah satu rumah. Sebab itulah anak kita sayang sangat dengan aunty dan uncle mereka.

Tak pernah lokek masa nak melayan karenah anak kita, itulah sebenarnya yang paling mahal, kan?

Foto Kredit: scarymommy.com

 

2. Selalu Bagi Hadiah

Asal jumpa je, mesti ada benda yang diberi pada anak kita. Walaupun hanya sekecil-kecil pemberian, itulah yang buat anak kita seronok sangat.

Mereka selalu ingat hari jadi anak kita dan merekalah orang pertama yang akan wish birthday anak kita. Hadiah pun dah standby sebulan awal.

Kalau sambut hari jadi atau apa-apa majlis penting, dah tentu ibu dan ayah saudara mereka orang yang paling penting untuk diajak dalam senarai. Seolah-olah tak boleh berlangsung sebarang majlis kalau aunty dan uncle kesayangan anak-anak kita tak ada kan?

kelebihan anak bongsu

Foto Kredit: littleteddy.com.ua

3. Babysitter Yang Paling Dipercayai

Ibu saudara ni dah macam ‘ibu kedua’ bagi anak-anak kita. Begitu juga dengan ayah saudara. Mana tidaknya, sejak hari pertama anak kita lahir, merekalah yang paling seronok dan banyak bantu kita.

Sebab itulah kalau ada emergency, dekat aunty atau uncle yang seorang inilah kita paling percaya untuk jaga anak kita. Dia tahu anak kita suka makan apa, anak kita suka kartun apa, anak kita tidur pukul berapa.

Pendek kata, kita tak payah nak ingatkan apa-apa sebab mereka dah tau serba-serbi tentang anak kita.

4. Marah-marah Sayang

Dalam rajin melayan tu pun, ada juga masanya mereka akan bertegas dengan anak kita. Ini pun bagus sebab anak kita dapat belajar daripada kesilapan mereka. Tapi selalunya, marah mereka tu marah-marah sayang aja.

Tapi perasan tak, anak kita selalunya mudah nak behave dengan mak sedara mereka berbanding kita?

5. BFF Forever

Adik-beradik kita umpama ‘adult friend’ buat anak-anak kita. Yalah, biasanya kawan-kawan mereka ni semua sebaya mereka. Walaupun umur jauh berbeza, inilah yang membuatkan anak kita berasa istimewa bila berada di samping mereka.

Apa yang mak sedara mereka buat, itulah yang mereka suka. Apa yang pak sedara mereka pakai, itulah juga yang menjadi ikutan.

Dalam tak sedar, mereka ini menjadi inspirasi buat anak kita.

Istimewanya Hubungan Mereka

Untunglah kalau anak kita dikurniakan dengan ibu saudara (dan bapa saudara) yang ‘sekepala’ dengan mereka. Banyak perkara yang dibualkan, ada saja cerita dan ada saja benda yang nak ditunjukkan. Mesti meriah bila berjumpa!

Kepada semua ibu saudara (dan bapa saudara) yang ‘sporting’ macam adik-adik saya, terima kasih juga sebab sudi sayangkan anak kami macam anak sendiri. Dalam manja-manja tu, ada juga marah-marah sayang yang banyak mengajar mereka.

Semoga hubungan istimewa ini berkekalan dan terus erat selamanya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×