Dapur

Tips Hilangkan Rasa Pijar Tangan Selepas ‘Bermain’ Cili, Guna Dua Bahan Dah Berkesan!

207
SHARES

“Aduh, banyak pula cili yang aku pegang tadi, sampai pijar habis tangan ni. Macam mana nak hilangkan pijar tangan yang dah terkena cili ni ya?”

Tak kisahlah sama ada anda memotong, menggunting, atau menumbuk cili. Ada sesetengah jenis cili memang kuat pedasnya sampai membuatkan kesannya melekat pada jari-jemari dan juga tangan. Terasa panas, gatal, pedas, dan pedih. Inilah yang dikatakan pijar. Sebenarnya, ada petua yang diamalkan sejak turun-temurun untuk hilangkan pijar ini dengan hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.

Buat anda yang ‘sensitif’ dengan cili, boleh cuba kaedah ini untuk hilangkan rasa panas tangan dengan cepat!

Petua menghilangkan pijar tangan

Tempoh hari saya baca tentang macamana nak buat jika tangan pijar. Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam. Sama juga kalau makanan makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi kita ni macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan tu hilang.

Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan. Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak.

Jadi saya gunakan minyak masak. Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalsm komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar. Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun. Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.

Lumur dengan minyak dahulu.

Kemudian, baru basuh dengan sabun.

Excited tangan hilang pijar, terus saya buat posting ni sebab nak share keberkesanan tip no 1. Ada 7 tip yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim. Suka duduk dalam group ini. Banyak petua yang dibuktikan secara saintifik oleh sains. Trigger otak saya yang suka sangat berfikir bagaimana sesuatu itu berlaku secara teknikal.

PETUA LAIN HILANGKAN PIJAR DARI PAKAR KIMIA

1) Melarutkannya dalam cairan yang lebih digemarinya (like dissolves like)

-Cuci dengan minyak masak, sabun mandi, losyen dan susu (mengandungi lemak protein casein yang boleh melarutkan capsaicin). Dan kemudiannya mencuci dengan sabun.

2) Menukarkan sifat kimianya kepada yang lebih larut air

– Mencuci dengan bahan berasid (asam jawa, cuka, lemon), air garam dan sapu ubat gigi.

3) Juga dengan geseran kasar.

– Ramas dengan hampas kelapa (kalau masih lagi bersantan, boleh melarutkan sekali capsaicin), ramas dengan garam dan gula sehingga cair (juga menukarkan sifat kimia capsaicin supaya lebih larut air), dan ramas dengan daun jambu batu.

4) Merencatkan deria rasa panas

– Rendamkan tangan dalam air berais.

5) Meningkat tenaga molekul capsaicin dan protein pada kulit yang bertindakbalas agar mudah ditanggalkan.

– Rendam air suam dan diang tepi api.

6) Placebo

– Pegang sudu dan abaikan saja.

7) Menghindarkan daripada punca pijar. Ini “prevention is better than cure”.

-Kalau tak tahan jangan cuba.

*Semoga bermanfaat!
займы онлайн без отказа
Sumber: Rafiza Idayu, Dr Fatimah Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×