40 Minggu

[VIDEO] Mengalirnya Air Mata Saat Diberitahu Hamil Setelah 7 Tahun Penantian…

29
SHARES

Mendapat zuriat adalah apa yang diimpikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Namun, ini adalah rezeki yang ditentukan oleh Yang Maha Esa dan tidak semua dalam kalangan kita yang menantikan zuriat akan mendapatkannya dalam masa yang diingini. Mungkin ada pasangan yang hanya menunggu beberapa bulan selepas kahwin dan ada juga yang hampir 10 tahun berkahwin barulah mendapat zuriat.

Seperti apa yang dikongsikan oleh Dr. Thoka menerusi laman media sosial Instagrammnya, selepas penantian hampir 7 tahun wanita ini akhirnya dikurniakan zuriat. Tersentuh tengok video yang dikongsikan…

PENANTIAN SELAMA 7 TAHUN BERAKHIR…

Menurut video, penantian selama tujuh tahun wanita ini berakhir apabila doktor memberitahu keputusan ujian kehamilannya adalah positif. Paling tersentuh adalah momen wanita yang hadir bersama ibu ini segera menangis kegembiraan dan memeluk erat ibu apabila mendengar berita baik dari doktor.

Tambah doktor, semasa ujian kehamilan dijalankan, wanita ini berada pada kitaran haid yang ke-24 hari menyebabkan garisan positif sedikit kabur. Doktor juga mencadangkan wanita ini membuat ujian air kencing lagi sekali pada minggu hadapan apabila lewat haid tiga hari untuk melihat dengan jelas garisan tersebut.

View this post on Instagram

Moments words can’t describe

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha) on

“SAYA PUN TURUT MENANGIS”

Seperti apa yang dikongsikan oleh Dr.Thoka, sudah menjadi kebiasaan apabila ramai pengikutnya di laman media sosial akan meluahkan rasa sedih dan terharu. Ramai turut meluahkan perasaan mengalami situasi yang sama dan ada juga yang masih menanti ‘hadirnya’ cahaya mata dalam hidup.

Sumber: Dr.Thoka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×