DIY & Kraf

Tips Elak Semut Naik Atas Meja Dengan Gunakan Stokin

2.7K
SHARES

“Dah macam-macam aku buat tapi semut nak juga naik atas meja. Habis makan penuh semut…”

Ini merupakan antara situasi yang sering dialami oleh sesiapa sahaja di rumah. Tidak sampai 5 minit tinggalkan makanan atas meja dah penuh semut. Dah bermacam-macam cara cuba tapi katanya ada satu cara lagi iaitu menggunakan stokin. Macam mana tu? Jom kita ikut caranya.

TIPS ELAK SEMUT NAIK KE MEJA

Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.

Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).

1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.

2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.

3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah.

4. Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.

*Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu. Selamat mencuba.

Sumber : Puan Zai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×