Famili

Tips Dan Panduan Lengkap Kerja Haji Selesai Dalam Masa 6 Hari

“Teringin nak kerjakan haji, terutama sekali bersama suami. Tetapi macam mana eh? Ada tips menarik tak?”

Untuk anda yang bakal mengerjakan haji tak lama lagi atau merancang untuk mengerjakan haji, panduan berdasarkan pengalaman suami isteri ini pasti dapat membantu. Jom kita baca pengalaman mereka ke sana yang menarik dan penuh info ini.

PENGALAMAN KERJA HAJI BERSAMA SUAMI

Harus diingat, apa yang saya cerita ni berdasarkan pengalaman saya.Pengalaman anda mungkin berbeza.Tapi sedikit sebanyak rasanya lebih kurang sama.Harus diingat juga. Saya berkongsi cerita ini sebagai PANDUAN dan PERSIAPAN rakan-rakan yang akan pergi haji tahun depan atau tahun-tahun berikutnya.

Mungkin juga persiapan buat mereka yang akan menghantar ibu dan ayah kesini. Takde lansung niat saya nak riak atau merendahkan mana2 pihak.Sebagai panduan sahaja dan supaya anda yang membaca dapat bersedia MENTAL,FIZIKILA & EMOSI. 3 persediaan ini sangat penting. Jadinya Saya cerita perjalanan sahaja ya.Saya tak cerita bab ibadat. Yang tu bole baca buku panduan haji. Yang ni saya nak beri gambaran sahaja bagaimana kerja haji tu sebenarnya. Mesti ramai tertanya-tanyakan terutama yang belum pernah pergi?

Kerja haji ni klo korang tahu sebenarnya makan masa 6 hari je. Iye 6 HARI SAHAJA! Bukanla sebulan ke 2 bulan ke. Settle 6 hari ni maka settlelah haji. Start dari tarikh 8 Zulhijjah hinggalah ke 13 Zulhijjah.Kejap je kan? Habis tu yang duk lama2 kat sana tu wat apa? Macam saya,saya duk Mekah ni sebulan lebih. 6 hari buat haji. Selebihnya beribadat & honeymoonlerr. Dah peluang duduk lama,buatle ibadat apa yang patut. Tamak buat ibadat sebab kat sini 1 kebajikan,Allah beri 100,000 ganjaran!Haa dasyatkan?

Ok berbalik cite haji. Saya mudahkan jalan cerita saya ni. Kerja haji ni ada 7. Pada gambar saya ada letak nombor. Jadi ikut turutan ya. Sebelum mulanya kerja haji,kita NIAT DULU KAT HOTEL (untuk yang buat Haji Tamattuq).Niat untuk kerja kan haji.Masa ni dah start dalam ihram.Kau jangan wat hal.Kene dam semelih kambing sekor baru kau tahu.Melayang Rm550 nanti.So dah niat,tunggu la speaker hotel tu panggil group kita untuk naik bas untuk pergi ke ARAFAH.

1. WUKUF DI ARAFAH

Tanggal 8 Zulhijjah. Inilah dianya ARAFAH. Kita akan bermalam 1 malam disini. Khemah ARAFAH ni besarrr. 1 khemah untuk 200 orang. Pandai-pandaila susun antara jemaah. Kat sini takde ekon tau.Kita pakai kipas semburan air (Water Mist Fan). Kalau korang tengok yang dalam gambar tu kipas warna hitam tu. Air kipas ni kene sentiasa di topup. Ada la budak-budak yang diupah untuk isi air dalam ni. Keadaan khemah? Mmm..memang sesak.

Jujurnya saya tak duduk pun dalam khemah. Sebab bayangkan ya. Khemah tu penuh dan sendat. Hanya ada kipas pusing.Yang duduk dekat kipas bolehlah rasa kipas.Saya duk tengah khemah.Memang ku tenung aja lah kipas itu sambil melibas-libas kain tudungku.Jadi bila malam,keadaan khemah jadi berkuap sebab udara luar panas.Cuaca di Arafah ni memang panas 45-50C.Malam pun panas.Berbahang beb.Jadi di mana saya tidur?

Port tidur suami.

Actually tak dapat lelap sangat pun. Yela.Kita tak biasa tidur keadaan macamtu kan. Tapi its ok. Since tak dapat nak tidur,malam tu kami ngaji sama2..solat tahajud sama2.Agak-agak rasa sendu sikit,makan megi sama2.Ok ke duk luar? Pada saya ok je.Tapi tak sejuk tau luar ni. Tak cam Malaysia.Kt sini rasa BERBAHANG. Nampak tak kipas kecik saya warna oren tu? Kipas tu la penyelamat. Kalau off je saya rasa cam lemas sikit sebab cuaca yang berbahang dan tiada angin. So gais take note k.

1. Nak pergi haji kome siap-siap bawak kipas berkuasa bateri atau yang pakai powerbank. Memang sangat membantu. SANGAT!

2. Sini tak ada plug. Jadi spare la power bank dalam 2-3 ketul pun tak pe sebab memang sepanjang haji kita takkan dapat jumpa plug untuk cas henpon.

Makan megi cup dekat sini free flow tau!

Tandas di Aarafah.

Tanggal 9 Zulhijjah.

Dah cite malam tadi,tibalah hari yang dinanti-nanti.HARI WUKUF DI ARAFAH. Wukuf tu maksudnya BERHENTI. Means kita duduk di Arafah. Pagi tu bunyi banyak gile helikopter berkeliaran di ruang udara.Diorang kata tu semua VVIP.Tah raja mana la tu.Tapi meriahla nun atas awan tu.Kita ni rakyat marhaen je.Tapi! Terlintas di fikiran saya. Oh..! Inilah gambaran MASYHAR sebenarnya.

Keadaan yang panas terik meletit-letit seumpama matahari diatas kepala. Yang beriman akan berada di tempat yang istimewa (saya membayangkan umpama mereka yang didalam helikopter adalah gambaran orang yang beriman) manakala yang tidak beriman akan merasa sengsaranya bagai cacing kepanasan.

Cuaca panas, jadi saya ke dapur catering ambil ais.

2. Mabit di Mudzalifah

Elokje nak Magrib pada hari yang sama,kami semua kene berangkat ke Muzdalifah untuk stop over (mabit) kat sana pulak. Inilah gambaran Muzdalifah. Again. Sesak + padat + panas + bahang + peluh. Bau badan masing-masing takyah cakapla. Memang mengaumm!

Diri sendiri pun tak lalu nak bau badan sendiri. Kalau ikutkan memang dah penat badan sebab seharian suntuk struggle dekat Arafah tadikan? Jadi bila sampai sini ramai jemaah yang ambil peluang untuk baring. Tapi, Malangnya bukan senang nak dapat port baring-baringan disini.

Even nak duduk pun berhimpit. Kat sini takde khemah. Kita bentangje tikar yang TH bagi dan duduklah. Pada saya kat Muzdalifah ni agak kritikal. Masa ni ramai sangat makcik pakcik yang pengsan. Yang menggelupur..Allah.Tak boleh nak throwback sebab sedih teramat.Yela sebab keadaan yang sesak begitu dan panas.

Walaupun malam,panas tau dalam 46-48 celcius.Ada jemaah yang jadi tak keruan. Terus buka telekung dan berkata yang bukan-bukan. Demam panas barangkali. Ini semua ujian masing-masing. Sejauh mana kita mampu SABAR. Dah sabar kene REDHA pula. Ingat, Tidaklah dinamakan HAJI MABRUR jika tidak BERSUSAH-SUSAH.

3. Mabit di Mina

Inilah di Mina.Tak jauh pun Muzdalifah dengan Mina ni. Yang putih-putih tu lah khemah di Mina. Berlambak-lambak khemah ni. 1 dunia punya jemaah haji akan berada disini. Disini kita akan tidur selama 3 hari untuk pergi melontar batu di Jamrat.Luas yakmat tempat ni. Disinilah tempat yang biasanya ramaii jemaah sesat. Yang Malaysia pergi ke Filipina. Yang China datang ke khemah Malaysia. Senang kata asal saya keluar je khemah,confirm ada makcik pakcik tanya “DIK MANA KHEMAH MAKCIK?”

Kalau makcik pakcik setia pakai landyard yang TH bagi tu insyallah bolehla carikan khemah dia. Kalau tak pakai,memang susah nak cari.Kene pergi satu-satu khemah dan tanya ada tak sesiapa yang kenal makcik nih.

-Khemah Mina ni la yang ramai tak tahan. Termasuklah saya.

Walaupun khemahnya berair-cond,tetapi still rasa berkuap. Bayangkan 1 karpet kecil ni kene himpit-himpit tido 20 orang!Karpet tau bukan khemah.Pandai-pandaila susun atur biar cukup 20 orang 1 karpet. Gambar ni saya snap masa semua jemaah belum sampai.Hakikatnya jauh lebih padat dari gambar ni. Kami disuruh tidur macam cara jenazah dalam kubur tu.TIDUR MENGIRING. Tak dibenarkan tidur telentang sebab space konfem tak muat. Itupun kaki tak boleh lurus. Kene bengkok sebab dekat depan kaki nak letak beg.

3 malam kene tidur disini dalam keadaan macamtu. Even nak bentang sejadah nak solat pun tak muat tau.Memang kene banyak istigfar duduk sini. Sabar, Saya tidur seperti mana yang disarankan. Mengiring. Begitu juga makcik tua sebelah saya yang umurnya sudah 80 tahun. Saya kalih sikit,dah hempap badan dia.

Balik Mekah, ulang alik Mina untuk melontar

Tanda wisel dari Tabung Haji untuk memudahkan orang ramai.

Terowong ke Mekah

Kan tadi saya cerita yang kami suami isteri decide nak balik ke MEKAH? Jadi inilah dianya terowong pejalan kaki untuk ke Mekah. Fuhh hat ni pun mencabau. Saya ni bukanlah jenis yang rajin bersenam masa kat Malaysia. Tiba-tiba kene pulak jalan 10 kilo beb! Tawakkaltu a’lallah je masa ni. Tengok semangat jemaah Pakistan lajuje deme jalan. Tua ke muda ke..wanita ke lelaki ke LAJU!

Rupanya diorang ni suka minum susu blend dengan badam.Patutla.Amalan minum minuman kaya kalsium.Tu yang tulang kuat nak berjalan.Tapi saya tak kuat itu. Sampai je dataran Masjidil Haram,saya terus cari kerusi.Saya letak beg,pastu tido!Hahaa
Tak kira orang dah masa tu.Cramp kaki weh!Badan pun tersangat penat. Masa ni memang rasa struggle giler. Tapi niat je dalam hati moga setiap kesusahan tu Allah ambil kira untuk mendapat haji yang mabrur.Niat macamni yang kuatkan semangat saya.

Rupanya ramai je jemaah Malaysia yang muda-muda macam kami ni ulang alik Mekah-Mina.Masing-masing rasa bertanggungjawab untuk beri ruang tidur kepada warga tua.Tak sampai hati.Dahla tua,ada yang sakit sampai tak boleh bangun.Jadi memang selayaknya warga emas ini dapat space tidur yang lebih dari orang lain.

Nak ke Mekah selain jalan kaki ada je option lain. Boleh naik teksi (kos 100-300riyal!) Boleh juga naik van tumpang (kos dalam 10-20 riyal).Macam dalam gambar ni kami naik van tumpang. Untuk pertama kali ni kami jalan kaki. Hari berikutnya kami naik teksi dan van tumpang.

Tips :

Kalau anda memang plan nak ulang-alik Mina ke Mekah,saya sarankan siapkan kos pengangkutan ni siap-siap.Nanti kat sana takdela berkira-kira nak keluarkan duit.Biar plan awal supaya ibadah kita lancar.

4. Melontar Jamrah

Antara perkara wajib haji adalah MELONTAR di Jamrah. Melontar ni macam dalam gambar ni. Kita lontar batu pada tiang besar tu. Tiang besar itulah yang dinamakan JAMRAH. Simboliknya macam kita campak batu pada iblis dan syaitan yang menggoda kita.Tapi sebenarnya yang tersiratnya adalah ketika melontar tu kita membayangkan kita membuang segala dosa-dosa yang ada pada kita. Kita sanggup berjuang berjalan jauh ke Jamrah untuk melontar sebab kita nak bersihkan dosa-dosa yang ada pada kita.

JAUH TAK JALAN KAKI NAK PERGI MELONTAR?

Jauh! Kalau dari khemah Mina,kita kene jalan kaki ke Jamrah ni dalam 3.5 kilometer.1 hala. Kalau pergi~balik jadila 7 kilometer.
Takde apa-apa transport pun kat sini ye.Memang semua kene jalan kaki. Tapi jangan risau.Sekarang dah ada kemudahan walkator.

Tapi bukan sepanjang jalan. Jadilakan..dapatla kaki kita rehat sikit-sikit. Dan semasa kita berjalan ni,ada askar-askar yang sembur air sejuk kat kita.Macam dalam gambar ni. Part ni lah paling saya suka sekali.Bila kene je air sejuk tu rasa segar nak berjalan. Kat sini baju saya memang basah sebab asyik kene je semburan tu.Rasa macam enjoyla pulak.

Keje melontar ni kita kene buat selama 4 hari. Jadi 4 hari tulah kita akan ulang-alik berjalan dari Mina ke Jamrah. So total perjalanan kita : 7 kilometer x 4 hari = 28 kilometer kita berjalan kaki.

Keadaan ketika melontar.

TIPS :

-Bawalah botol spray air untuk kita sembur-sembur muka semasa berjalan kaki kerana cuaca amat panas dan badan akan jadi letih.Bila sembur air,segar sikit rasa untuk meneruskan perjalanan.

-Pakailah juga kasut yang memang sedap dipakai dan sesuai untuk jalan jauh.

5. Bertahallul (potong rambut)

Suka saya kongsikan disini.Take note ya.Semasa ibadah haji,please~please~please makan supplemen.Tak cukup tau dengan pengambilan buah-buahan.Mesti makan vitamin juga ya. Life kat sini sangat struggle. Dengan gaya hidup yang sangat aktif, dengan jemaah yang sangat ramai, dengan penyakit yang pelbagai, dengan macam-macam jenis virusnya lagi.

Banyak beza jemaah yang ambil vitamin dan yang tak ambil. Tabung Haji sendiri ada bekalkan vitamin untuk jemaah haji.Jadi please habiskan. Vitamin penting bukan saja untuk kesihatan kita,tapi penting untuk kita nak jalan jauh nanti..nak duduk dalam panas..nak energy.Semua tu datang dari khasiat vitamin. Bawa stok bekal vitamin selama mana kita tinggal di sana.Vitamin ada dijual di Mekah dan Madinah.Tapi harganya mahal.

Selesai 4 hari kerja melontar, jom pulang ke Mekah.

6. Tawaf

Padat tak? Ni belum betul padat tau sebab ada lagi nampak lantai. Kalau padat betul lantai pun tak nampak

7. Sa’ie

Inilah keadaan di tempat SA’IE semasa musim haji. Iya. Masih padat. Lagi padat dari jalan TAR.Tapi jangan risau sebab tempat Sa’ie ni ada 4 tingkat.Pilihlah tingkat mana yang tak ramai orang.Tapi musim haji ni polis banyak sekat jalan.Jadi kadang tu ada sesetengah level ditutup. Macam kami ni. Nak tak nak keje jugak Sa’ie level ni sebab level lain dah ditutup.Tak boleh masuk.

Sa’ie ni apa? Sa’ie ni ialah simbolik pada kisah Siti Hajar iaitu isteri Nabi Ibrahim yang berjalan ulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk mencari sumber air untuk baby dia iaitu Nabi Ismail. Jadi kita pun kene buat camtu. Berjalan ulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.1 kali jalan dari Safa ke Marwah tu dalam setengah kilometer.Jadi total perjalanan kita adalah 3.5 kilometer. No worries! Kalau tak larat boleh sewa skuter atau wheelchair. Siap aje duit.

Skuter : 50 riyal (duit kita dalam lebih kurang RM60)
Wheelchair : 100-200 riyal (duit kita lebih kurang RM120-220)

Sampai je pusingan ke 7 di Bukit Marwah,maka tamatlah kerja haji kita.

SELESAI

So kawan-kawan, inilah dianya kerja haji ni. Mudah ke susah? Ada orang rezekinya mudah. Ada yang susah. Apapun kita terima je apa Allah nak beri pada kita.Terima dengan sabar.Bak kata ustaz saya ,

“Haji ni kita kene set mind kita yang ianya TAK MUDAH.Kalau kita dah set mudah,nanti berlaku kesusahan kat sana kita akan frust.Tak redha dan hilang sabar”

Dan saya pernah juga terbaca,

“TIDAKLAH NAMANYA HAJI JIKA TIADA KESUSAHAN

Jadi fahamlah kita yang haji ni bukan kerja mudah-mudah.Tapi tak mustahil untuk kita laksanakan kan?

KORANG YANG BACA NI RASA PENAT TAK KERJA HAJI NI?

So, Sebenarnya inilah antara MISSION besar saya kenapa saya berkongsi kisah haji saya. Saya nak rakan-rakan bersedia mental, fizikal dan emosi dari sekarang. Saya amat amat sarankan rakan-rakan untuk pergi haji diusia muda.Bayangkan kita yang muda pun rasa penat dan sukar,inikan makayah kita yang dah berusia tu.Memang kesian sangat.

MUDA IS THE BEST TIME TO DO HAJJ.

Tengah sihat,bertenaga dan minda masih kuat. Tolak tepi semua alasan. Alasan kerja,jaga anak,tak de cuti. Sebab apa tau?
Selagi kita tak tolak alasan-alasan ni selagi itulah kita akan ada je alasan betul x? Yakin! Allah akan mudahkan kerja kita.
Percayalah. Dahulukan hak Dia,Dia akan beri segala hak kita balik. Sebab saya dah rasa semua ni betapa lepas satu-satu Allah mudahkan kekusutan hidup saya apabila saya pergi haji.Dan paling best sekali..

PERGILAH DENGAN SUAMI

MasyaAllah. Rasa macam bercinta semula dengan suami sendiri! Rasa macam honeymoon. Romantikje setiap masa. Bukan saya je.Suami pun rasa macamtu. Bukan kami je. Malah ramai lagi pasangan lain yang rasa macamtu. Begitulah magiknya bumi barakah.Magiknya kuasa Allah.Allah bukan jemput saja-saja.Dia jemput dengan HADIAH.Jadi rakan-rakan, Tunggu apa lagi. Pasang niat untuk pergi haji awal. Daftarlah nama di Tabung Haji.Hanya RM1,300.Nak pakai akaun KWSP pun boleh.Tanya staff Tabung haji.

Kalau dah daftar haji,buat surat rayuan.Bulan Disember ni dah boleh hantar dah.Nanti saya usahakan tunjuk sample surat rayuan saya dulu. Lepas tu DOA. Setiap kali lepas solat,doa.

“YA ALLAH JEMPUTLAH AKU MENJADI TETAMU MU YA ALLAH.AKU NAK PERGI HAJI TAHUN 2018 JUGA.AKU NAK PERGI DIWAKTU AKU SIHAT.PILIHLAH AKU YA ALLAH”

Kerjalah rajin-rajin. Ada duit lebih,jangan beli keta rumah atau travel dulu,buat haji dulu. Percayalah.Lepas tu rezki lagi melimpah ruah Allah beri pada kita. Saya doakan moga rakan-rakan cepat-cepat dapat panggilan haji.Dan semoga sharing ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat memberi gambaran buat anda semua. Jika ada sebarang soalan nak tanya,boleh taip kat komen ya.Insyallah saya cuba reply apa yang termampu.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya yang tak seberapa ini.Moga ianya menjadi dakwah kecil buat saya untuk rakan-rakan yang saya sayangi.

Sumber : Siera Haiyi

Yang Popular

To Top