Famili

Tips Chickenpox Cepat Kering Dalam Masa 8 Hari ! Anda Boleh Cuba Jika Anak Mengalaminya

2.2K
SHARES

Mesti ramai dalam kalangan kita selalu keliru antara demam campak dan cacar air bukan? Sebenarnya, dua penyakit ini adalah berbeza. Salah satu perbezaanya , cacar air adalah disebabkan virus varicella iaitu virus yang sama dengan kayap. Manakala demam campak pula adalah disebabkan virus measles dimana anak mengalami jangkitan pernafasan dan disertai ruam di kulit.

Jadi, untuk mengenal pasti sama ada anak-anak mengalami cacar air atau tidak, anda perlu tahu tanda-tandanya. Antara tanda-tanda anak ‘terkena’ cacar air adalah :

  • Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula dari bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).

Banyak rawatan yang boleh dilakukan apabila anak-anak mengalami cacar air. Mungkin bukan semuanya menjadi tetapi tips rawatan dari perkongsian di laman Facebook Puan Ekin Aris menggunakan daun semambu untuk merawat cacar air anaknya supaya cepat kering mungkin dapat membantu anda. Jom, kita baca dengan lebih mendalam apakah tipsnya!

Tetibe rase nak share petua.

Chicken pox cepat kering

Alhamdulillah seronok plak rasenye bile chickenpox firas dah baik, dah bley jalan sane sini mcm biasa. Kalau ikotkan xde la beza sgt bile dia kne chicken pox aritu cuma rasa sayu je tgk biji2 tu byk pastu kne quarantine (mami yg terlebih sayu) Alhamdulillah gak sepanjang firas kne chickenpox aritu dia xmeragam lgsg. Main2 gelak2 mcm xde pape.

Petua:
1)lepas je tau dia kne chickenpox trus bg air kelapa ntuk kuarkan cepat saki baki dlm badan tu, bg semua kuar cepat. 1st day biasa mmg sikit je, 2nd day bru kuar semua
2)beli daun semambu (biasanya ade jual kat kedai india, rm3 tu pon dah byk). Basuh n tumbuk ngan kunyit, tampalkan kat chickenpox tu dlm stgh jam. 1st time buat firas nangis sbb dia takut ade mende ijau2 melekat kat badan, mgkin dia rasa mcm hulk kot. Esok2 nye elok je xtakut dah.
3)lepas 30min tu mandikan dia n sapu calamine lotion.
4)time nak tdo tu amik la segenggam daun semambu tu basuh n bubuh dalam kain batik jd lapik tido. Sepanjang firas chickenpox aritu tido nyenyak betul. Klu letak bom kat sebelah pon xbangun.
5)part makan mmg jaga la, yg gatal2 tu mmg elakkan trus.
6) pastu jgn lupe mandi, sbb dia kne sntiasa bersih. Mami xpakaikan sabun, just sapu2 air je pastu lap2 keringkan.

www.facebook.com/ekinapple

www.facebook.com/ekinapple

cacar air

www.facebook.com/ekinapple

Itu je la petuanya. So far dia nangis sbb chickenpox ni 2x jek, 1st mase tepek daun semambu kali pertama tu, 2nd time mase mami ngn dedi kacau panggil dia zombie n buat2 takut (touching gitu). Seminggu dah kering pastu dah antar g umh pengasuh dah. Ade gak g klinik, doctor bg ubat demam, ubt gatal n calamine lotion. Alhamdulillah. Kat bawah ni mami share gmbr, mane tau klu ade anak ke sedara mara ke kne chickenpox kan, so bley la guna petua ni. Dlu2 mami kene chickenpox mase form6, 2minggu nangis je… Malu jek ngan firas.. Hahahahahaha

Sumber Facebook : Ekin Aris

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×