DIY & Kraf

Tips Bersihkan ‘Bontot’ Kuali Yang Hitam Legam Jadi Berkilat, RM 2 Je!

331
SHARES

“Alahai kuali dengan periuk aku ni hitam dan melekat betul. Nak masak pun tak sampai hati..”

Membersihkan bawah kuali atau periuk yang hitam dan melekit amatlah memenatkan. Kadang-kadang sudah berjam-jam kita berus tapi tidaklah sebersih dan seputih mana. Oleh itu, untuk mak-mak semua rupanya ada satu cara berkesan yang anda boleh cuba berdasarkan perkongsian dari wanita ini. Confirm menjadi!

Cara membersihkan bawah kuali / periuk “tidak melekat”

Kalau siapa kat rumah yang ada guna non-stick pan/pot mesti perasan bawah pan tu senang sangat nak hitam atau kuning-kuning kesan api tu kan? Nak bersihkan memang susah. Lagi-lagi kalau tak sental hari-hari selepas setiap kali kegunaan. Lagi susah dengan corak-corak bawah pan tu. Jangan guna berus besi, calar nanti. Hehe kalau periuk kuali biasa tu takpe.

Lepas tu pulak ada yang suka gantung-gantung display kat dapur sebab senang nak ambil. Tapi kalau bawah periuknya hitam nak letak gantung kat luar pun buat pemandangan dapur jadi tak cantik je.  So lepas tutorial hani ni dah boleh bersihkan bawah pan tu bagi berkilat sebelum gantung ya. Kos tak sampai RM 2 pun, boleh beli alat membersihnya di Shopee, hanya gunakan dengan air tanpa sabun khas. Boleh pakai semula. Seriously, benda alah ni peralatan pembersihan kedua magik selepas magic sponge. So wajib ada kat dapur!

Baru buat sebelah dah berkilat!

P/s: pakai sarung tangan ya kalau nak guna. Semoga bermanfaat!

Sumber : Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×