Asuh

Tips ‘Potty Train’ Anak 1 Minggu Bebas Pampers. Ibu Ini Kongsi Pengalaman Mudah!

165
SHARES

Tips Potty Train Anak Seawal 2 Tahun!

Memanglah best kalau anak-anak dah bebas diaper seawal 2-3 tahun. Banyak dapat jimat tu.

Lagipun, lebih kurang sebulan lagi anak-anak akan masuk tadika / taska.

Jadi, mesti ramai ibu ayah nak pastikan anak-anak dah potty train dan tahu ke tandas kan?

Walaupun ada yang kata senang, tapi bila kita sendiri nak latih anak ke tandas tu bukannya mudah tau.

Jom kita ikuti perkongsian Puan Rosmaizati Rashid ini.

Pengalaman & TIPS Potty Train Anak: 1 MINGGU BEBAS PAMPERS

Di sini saya nak kongsikan tips Potty training seminggu bebas pampers Raana Afia pada usia 2 tahun 3 bulan 5 hari berdasarkan pengalaman sendiri.

1. Fahamkan Anak

Mula-mula yang paling penting kena kenalkan anak apa itu kencing dan berak.

Proses ni sebelum mula potty train lagi tau.

Jadi maksudnya sebelum start potty train, kita nak dia familiar ape itu kencing dan berak.

Macam afia tiap kali mandi, mama suruh dia kencing dulu.

Kalau dia berjaya kencing cakap “waa afia kencing”.

Kadang-kadang je time nie dia dapat kencing tak selalu. Maybe kebetulan.

Kalau dia tak kencing tak apa, try again lain kali.

Kalau berak pula, tunjuk tahi dia kat pampers tu, cakap laa “eee afia berak”.

2. Persediaan Ibu Bapa

Parents sendiri kena bersedia
Kena ade kegigihan, kesabaran, nekad dalam diri.

Lagi awal korang train anak lagi mencabar lah cara nak train.

Bila dia besar sikit rasanya tak ada masalah sangat sebab lagi senang mereka nak dengar dan faham arahan.

Terkucil itu pasti dalam proses nie, kena keep sabar, jangan putus asa.

Penat sikit takpe, nanti akan ada sinar di penghujungnya.

Utk makluman nie kali ke 2 train afia, kali nie baru bejaya.

First masa afia officially 2years. Puncanya sebab mama la yang tak bersedia hahaha. Tak sabar dan cepat give up.

Tips potty train anak

3. Set Timer

Ajak anak ke toilet at least 15minit or 30 minit pda mulanya.

Lepastu kita cari rentak anak kite macammana.

Kalau dia minum banyak set kejap je. Kalau tak berapa minum set lama sikit.

Masa hari pertama, kedua tu memang struggle sebab tak menentu.

Set 30minit kejap dia dah kencing dulu, kejap dia tak nak kencing lagi.

Lepas tu dah dapat rentak, saya set sejam sekali.

Selepas seminggu dia dah makin pandai control her bladder so saya setkan 2 jam sekali.

Lepas-lepas tu tak pasang timer dah tunggu dia cakap atau kita yang ajak.

3. Sokongan Suami

Sama-sama jayakan potty train ni. Macam train Afia tengah PKPB, jadi ayahnya selalu ada dekat rumah dan banyak bantu.

Bila Afia terbabas (terkencing), seorang bersihkan lantai, seorang bersihkan anak.

Jangan bapaknya pi marah or jatuhkan semangat isteri nak potty train anak sebab anak asyik kencing merata.

Apa pon tak jadi nnti. Terbantut nak train ank bila tak de support dri suami. Gittew…

4. Selalu Ingatkan Anak

Selalu remind anak kena kencing kt mana. Tanya soalan nak kencing pegi mana, nak kencing pergi toilet.

So dalam otak dia akan tersimpan pesanan khidmat masyarakat kita tu.

Boleh dikatakan 5-10 minit sekali kami akan ingatkan Afia.

Banyak kali tanya sampi Afia pun malas jawab.

Tips potty train

5. ‘Explain’ Bukan Marah

Kalau anak terkucil kita kena terangkan dekat dia dulu.

Explain why can’t here! Explain and explain.

Bukan terus nak marah-marah.

Anak kecil tu tak tahu pun benda tu salah.

Jadi kitalah yang perlu betulkan dan ajar.

Cara saya, masa hari pertama tu explain baik-baik.

Hari kedua dan ketiga explain sambil tepuk-tepuk manja dekat montot tu.

Hahaha. Just nak bagitahu yang Mama marah kalau kencing merata.

Bagi dia faham sikit benda tu salah.

Tips potty train anak

6. Prepare Environment

Sediakan potty toilet yang sesuai, yang comel atau senang digunakan kanak-kanak usia dia.

Selasa untuk dia gunakan dan dia pon rasa seronok nak potty dekat toilet.

7. Pakaian

Pakai pakaian yang simple dan beli panties comel-comel atau favourite characters untuk anak pun membantu juga.

Kenapa tak pakai potty pants je??

Sebab fungsi dia lebih kurang pampers. So anak kite tak dapat rasa air kencing mengalir kalau dah terkucil.

Bila pakai panties je, dia dapat rasa dan through accident, lessons are learnt.

8. Biar Pintu Terbuka

Pintu toilet jangan tutup rapat.
Ini untuk mudahkn ank kite masuk toilet sendiri.

Dan ia juga mudah untuk kite angkut anak jika nampak anak kite tak tahan nak terkencing dah.

(Ini yang di praktiskan dekat afia. Lain orang lain cara potty train anak, it’s just my personal tips.

Moga bermanfaat.

After seminggu afia dah free pampers siang dan malam.

Tips potty train anak

Lepas Seminggu Bebas Pampers… Selamat Mencuba!

Semoga tips potty train anak ini boleh menjadi panduan untuk ibu ayah di luar sana.

Untuk maklumat lanjut, boleh follow IG Afia yang selalu buat aktiviti homeschool di SINI.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×