0-6 Bulan

Tips Bayi Jadi Lebih Fokus Guna Kaedah Flashcards Dari Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Menarik!

5K
SHARES

Siapa yang tak kenal Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, angkasawan Malaysia ni kan? Mempunyai lebih 100 ribu pengikut di laman sosial Instagram, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar juga mempunyai seramai 4 orang anak termasuklah yang terbaharu dimana beliau dikurniakan dengan sepasang bayi kembar lelaki!

www.instagram.com/drsheikhmuszaphar/

Bayi kembar yang diberi nama Adam dan Noah turut mendapat perhatian ramai seperti dua orang kakaknya Bella dan Tasha kerana teknik pengajaran yang digunakan oleh Dr. Sheikh Muszaphar adalah sangat menarik. Jom kita tengok cara beliau mengajar bayi kembar yang baharu lahir ini menggunakan teknik flashcards.

www.instagram.com/drsheikhmuszaphar/

FLASHCARD WITH THE TWINS

www.instagram.com/drsheikhmuszaphar

” Flashcards bersama bayi kembar- Adam berada di sebelah kanan manakala Noah berada di sebelah kiri. Saya lebih suka untuk menghabiskan masa ‘bonding’ bersama mereka dengan menggunakan flashcards. Flashcards yang digunakan adalah seperti haiwan, bentuk atau number dimana ia sangat bagus untuk stimulasi otak anak-anak. Saya juga mendapati bahawa anak kembar saya menjadi lebih ‘alert’ dan focus bila saya tunjuk gambar di flashcard. Adam suka sangat dengan ikan manakala Noah pula sukakan burung. Seorang ayah tak akan pernah boleh mengatasi ‘bonding time’ anak dengan ibu ketika menyusukan badan, jadi bermain flashcards adalah medium untuk si ayah ‘connect’ dengan anak.”

Flashcards technique to newborns

www.instagram.com/drsheikhmuszaphar

” Teknik flashcards bersama bayi- Seperti yang anda dapat lihat, Adam dan Noah sangat fokus dan ‘alert’ dengan gambar. Cuba lakukan aktiviti ini di dalam suasana yang sunyi dan cerah. Tunjuk flashcards dengan gerak cepat kerana bayi mempunyai tahap ‘attention’ yang pendek. Pastikan suara anda kuat dan jelas dan jangan lupa untuk berikan pelukan kepada anak setelah selesai. Boleh cuba lakukan aktiviti selama 5 kali sehari menggunakan flashcards yang sama selama seminggu. Anda pun boleh buat flashcards mengikut kreativiti anda sendiri ya!”

*Bukan kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sahaj yang boleh menggunakan teknik flashcards ni tau. Rupa-rupanya, bayi baharu lahir pun dah boleh belajar menggunakan teknik ini!

Sumber: Dr. Sheikh Muszaphar Fanclub, Dr. Sheikh Muszaphar (Instagram)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×