Asuh

Tips Basuh Botol Susu Guna Beras Dan Garam, Sekelip Mata Dah Hilang Semua Kotoran!

1.9K
reads

Isu kebersihan amat penting untuk dijaga tambah pula bila berkaitan dengan anak yang masih kecil. Bukan apa, golongan yang masih kecil ini lebih mudah untuk terdedah dengan kuman berbanding golongan dewasa. Perkara yang akan ibubapa terlepas pandang adalah kebersihan botol susu. Kadang-kadang ada yang sampai dah berkerak dah kotoran, masih tidak dicuci dengan baik lagi. Jadi, jom kita tengok cara mudah dan berkesan untuk menghapuskan kotoran pada botol susu terutama sekali kalau pergi travel!

http://xn--d1abkig7i.xn--p1ai/

CARA MUDAH BASUH BOTOL SUSU KALAU PERGI TRAVEL.

Tadi isteri saya ajar petua nak cuci botol susu kalau pergi travel. Kebetulan saya memang tengah ke KL sekarang ni.

1. Sebaiknya jangan sampai bekas susu tu dah berkerak dan basi baru nak cuci. Paling bagus cuci sebelum timbul bau yang tak best

2. Gunakan 50% beras + 50% garam sebagai bahan untuk gantikan berus botol susu tu

3. Masukkan campuran tadi tu dan air panas ke dalam botol susu

4. Goncang je sampai dah yakin semua bekas susu tu dah terhakis semua

Ajaibnya memang sampai ke dasar botol tu cuci dan bersih! Jadi lepasni tak payah bawak berus dan sabun pencuci botol susu dah.

www.facebook.com/CahayaMataRasmi

*Ingat! Sebelum membancuh susu di dalam botol susu yang sudah dibasuh itu, pastikan anda membasuh tangan terlebih dahulu. Takut ada sisa-sisa garam di tangan pula nanti.

Sumber: Taufiq Razif Via Cahaya Mata 

Yang Popular

To Top