Famili

“Papa Ingat Kebaikan Mama”- Ditanya Tentang Kekurangan Isteri, Jawapan Si Suami Undang Sebak

21
SHARES

Siapa sahaja yang tidak menginginkan perkahwinan yang bahagia dan mempunyai sifat tolak ansur antara suami dan isteri bukan? Namun, tidak semua perkahwinan akan menjadi manis seperti ketika mula-mula bercinta. Ada sahaja perselisihan faham, walaupun kadang-kadang hanyalah kesalahan kecil.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh  Adlil Rajiah dimana dia dan suaminya melakukan ‘proses’ luahan perasaan antara suami dan isteri. Perkongsian ini juga boleh dijadikan iktibar untuk pasangan suami isteri di luar sana juga ya!

DAH 10 TAHUN KAHWIN, BANYAK BENDA BERUBAH

So recently, we had a fight. A typical husband-wife fight. Cuma kali ni lebih intense. Bila keadaan kembali tenang, suami ajak sit down berdua untuk re-audit and re-align our relationship. Ye lah kan. Dah 10 tahun kawen, banyak benda berubah. Cinta dah tak semekar dulu.

Eceh geli pulak cakap pasal cinta cinta ni hahah. But apparently, semua yang dirasakan best masa awal2 kawen dulu, semakin hambar. Sebelum sit down dan berbincang, we listed down semuaaaa benda yang kitorang tak puas hati with each other dan semua benda yang kitorang harap pasangan dapat improve lepas ni. Aku ni dah la pantang dibagi assignment tulis2 ni– tangan jadi machine gun terus. Nak-nak pulak bila disuruh senaraikan kesalahan dan kekurangan suami. Mana cukup satu kertas hahah astaghfirullahalazim pompuan.

Settle senaraikan semuanya, tiba lah masa untuk duduk berbincang hati ke hati. He sat beside me calmly and asked me to read everything I wrote. I read it point by point. Page by page. He gave 100% attention and didn’t say a word. Habis je aku baca semua, suami jawab– “Papa minta maaf. InsyaAllah papa akan cuba perbaiki semuanya.” Dan dia diam semula.

“TAK ADA APA YANG PAPA TAK PUAS HATI DENGAN MAMA, SEMUA OK”

“Cepat lah, giliran papa pulak untuk luahkan apa yang papa tak puas hati dengan mama selama ni. Apa yang papa nak mama perbaiki?” I urged him to read his list. Dia senyum je. Sambil geleng, dia cakap– “Takde apa yang papa tak puas hati dengan mama. Semua ok je.”

Aku terus menyirap, tak puas hati dengan jawapan suami. “Tipu lah. Takkan takde apa2. Tak payah la nak ambik hati. Cakap je.”
He smiled and replied, “10 tahun papa hidup dengan mama. Of course papa tahu semua kekurangan dan keburukan mama. Of course papa boleh sebut satu-satu kalau papa nak. Tapi papa taknak.”

“Kenapa taknak?”

“Sebab papa masih ingat setiap kebaikan mama. Mama lahirkan anak kita, mama susukan dia, mama jaga dia dengan baik, mama uruskan rumah, mama utamakan keluarga, mama tolong papa cari rezeki. Kalaupun papa tahu 1000 keburukan mama, papa tak sanggup nak senaraikan. Sebab papa masih ingat semua kebaikan mama.”

5 PERKARA BELAJAR SEPANJANG KAHWIN

I cried, and we hugged each other. Sekian perbincangan hati ke hati. Penat tangan aku transform jadi machine gun dan tulis panjang2. Tapi ada 5 perkara yang aku belajar:

1. As a wife, kita selalu fikir kita lah yang PALING banyak berkorban dalam perkahwinan. Mungkin betul. Tapi itu tak melayakkan kita untuk HANYA mengungkit kebaikan dan pengorbanan diri sendiri, dan melupakan kebaikan suami.

2. Makin lama kawen, makin banyak lah kekurangan masing2 terbongkar, dan makin banyak lah tak puas hati dalam perhubungan. Dan kita mula lupa– pasangan adalah cerminan kita. Aib dan keburukan kita yang terbuka di mata pasangan, sama je banyaknya.

3. Dikurniakan pasangan yang bukan sahaja sayangkan kita, malah sanggup tutup aib kita walaupun di hadapan mata kita sendiri– adalah nikmat Allah yang jarang sekali kita syukuri.

4. Kadang-kadang kita sibuk fikir salah pasangan dan tunggu pasangan minta maaf, sedangkan yang perlu minta maaf dan memaafkan adalah dengan diri kita sendiri.

5. Ada banyak benda yang we can never develop alone. Even our own growth needs someone to respond– someone very intimate yang nampak hodoh kita, tapi masih mahukan kita. Marriage is not just love, it’s a friendship.

Semoga perkongsian malam ni bermanfaat. Jadi wahai bini-bini sekalian, udah-udah la tu mengungkit. Bukan boleh menang shopee coin pun. Salam sayang, Adlil Rajiah.

Sumber: Adlil Rajiah

Most Popular

To Top