Famili

Nak Bagi Anak Suka Membaca, Tapi Tak Tahu Pilih Buku. Ibu Ini Kongsi Tips Berguna Supaya Anak ‘Gilakan Buku’!

1.2K
SHARES
tips anak suka membaca

Ibu ayah mesti ‘sejuk hati’ kalau anak-anak suka membaca buku.

Tapi nak bagi anak suka buku bukannya mudah, lebih-lebih lagi kalau anak kita jenis susah nak duduk diam… Bila bagi buku, dia selak-selak macam tu je. Nampak tak berminat langsung berbanding dengan kalau tengok TV, main game, permainan dan sebagainya.

Jadi, apa nak buat supaya anak-anak suka buku?

Jom kita baca perkongsian oleh Puan Lyeen Rosli yang amat menarik dan bermanfaat ini.

 

Tips Galakkan Anak Suka Membaca

Nak bagi anak suka buku tapi tak tahu nak pilih buku.

Lyeen pun sebenarnya tak juga tahu sangat tapi banyakkan baca tips dan try and error dengan minat anak kita.

Apa yang saya buat untuk Hareez suka buku.

1) Dia umur 4-5 bulan macam tu dah bagi dia flashcard. Gambar real bukan kartun.

Kenapa bukan kartun??

Penyelidikan baru dari University of London mendapati bahawa bayi dapat belajar tentang dunia nyata secara tidak langsung melalui buku-buku yang menyertakan gambar sebenar.

Hebat, kan? Inilah sebabnya penting buku yang mempunyai gambar real:

Menurut kajian, masa lahir, otak baby ni ibarat macam kanvas kosong, yang bermaksud otaknya sangat sibuk untuk menghubungkan semua titik dalam dunia yang benar-benar baru dan luar biasa. Jadi masa ini, bayi tidak mempunyai sebarang perkataan untuk perkara yang dia lihat setiap hari — maka sebab itulah buku yang memaparkan gambar barang atau haiwan sebenar akan membantu bayi mengaitkan apa yang dilihatnya dalam buku itu dengan apa yang dia alami setiap hari.

Contohnya kalau dia dah familiar dengan gambar kucing – dia akan tahu apabila melihat mana-mana kucing. Dia juga akan tahu objek dalam buku mempunyai nama dan makna tersendiri.

2) Dia menginjak ke satu tahun dah belikan dia buku 100 words yang ada gambar pelbagai (tapi yang dekat dengan dia) – pastikan juga gambar real untuk umur bawah 1 tahun.

tips anak suka membaca 7

3) Mula umur ni juga saya dah mula bacakan dia buku cerita sebelum tidur.

Buku yang saya beli mula-mula ialah “Cerita Dogeng Waktu Tidur” terbitan Edukids.

tips anak suka membaca 7

3) Lepastu anak akan mula minat buku berdasarkan kartun/animasi kegemaran dia.

Masa ni kita belikan buku gambar kartun pun dah okay sebab dia dah kenal gambar sebenar.

Hareez dulu dia minat Didi & Friends lepastu beralih ke Baby Shark, Omar Hana,Dinasour, Frozen, Spiderman dan sekarang solar system.

tips anak suka membaca 9

4) Bila dia minat kartun tu secara tak langsung dia nak buka buku tu dan nak tahu.

Bila dia tak tahu dia akan tanya.

5) Dari segi penjagaan buku, saya memang suka beli buku hardcover supaya tahan lama walaupun anak lasak nak guna.

Tapi kalau ada pun buku yang biasa, kita beritahu anak cara nak jaga, lepas baca letak kat mana. Mula-mula susah, lama-lama anak terbiasa.

6) Banyakkan buku bergambar, warna warni dan pelbagai.

(Ni untuk buku aktiviti) Kalau buku cerita, pilih yang satu muka surat 2 ke 3 ayat sahaja supaya mudah tak perlu ayat berjela-jela.

tips anak suka membaca 9b

7) Buku tanpa cerita pun menarik sebab kita boleh olah ikut kreativiti sendiri.

Anak pun akan berkreativiti ikut gambar.

Kalau buku berasaskan fakta seperti Dinasour atau Sistem Suria, beli je.

Gambar untuk anak, fakta tu untuk kita. Kita boleh cerita pada anak. Sekurangnya taklah salah fakta yang kita bagi.

9) Enjoy masa dengan anak. Bila dia baca buku “Mama jom kita baca cerita ni.” Okay, tinggalkan sebentar semua kerja. Bacalah. Spend time together. Supaya dia tahu kita selalu ada layan hobi dia.

10) Cintakan buku kerana isinya akan membawa banyak manfaat pada anak dan juga kita sebagai Mama Ayah.

Ps: Lyeen selalu beli buku dekat Popular, MPH Bookstore. Online pun selalu beli dekat @bookxcess atau @bigbadwolfbookstore

Lain-lain tips / tempat best nak beli buku:

  • Untuk buku cerita yang best dan gambar menarik boleh buka penerbit Autumn, First Readers.
  • Untuk buku aktiviti saya sarankan buku Usborne dan Little Hippo.
  • Untuk anak yang suka maklumat boleh cari buku Miles Kelly atau Jill McDonald sebab dia banyak keluarkan buku soal jawab tentang fakta dan gambar pun menarik .
  • Untuk buku cerita Bahasa Melayu saya suka beli buku dekat EduKid atau Advantage Quest yang selalu keluarkan buku baru.
  • Buku-buku warna lain tu saya beli dekat Eco, MR DIY je RM2.00 bagi anak main warna.

Baik tu je perkongsian saya. Jika Mommy ada penerbit atau buku yang menarik, marilah share juga.

Sama-sama kita tanamkan minat cintakan buku buat anak-anak kita

Yang benar,
Mama Hareez

Semoga bermanfaat!

*Perkongsian ini telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk posting asal Puan Lyeen Rosli melalui posting INI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×