Ikut pesanan orang-orang tua, ketika hamil ibu amatlah digalakkan untuk melihat benda-benda yang cantik dan positif. Hal ini supaya kandungan tidak terganggu dengan perkara-perkara yang tidak elok dan salah satunya juga adalah anak dalam kandungan boleh ‘terkenan’ dengan benda yang cantik tersebut. Tapi, ini hanyalah bidalan orang dahulu, apa yang penting adalah bagaimanapun anak-anak kita nanti perlulah disayangi dengan sepenuh hati.
Namun, menarik perhatian ramai adalah perkongsian dari ayah ini di laman media sosial TikTok, dimana anaknya ‘terkenan’ dan mempunyai wajah seperti anak Korea. Katanya, isterinya sering menonton rancangan realiti TV popular, Running Man setiap hari ketika hamil!
9 Bulan mengandung isteri wajib tengok Running Man setiap hari
Siapa sangka wajah comel anak lelakinya yang bernama Nur Ziyyad Muhammad berjaya menarik perhatian ramai kerana dikatakan mempunyai wajah orang Korea! Dia juga mendedahkan bahawa isterinya kerap menonton rancangan Running Man dalam tempoh kehamilan.
@bapaknsuami0rangHahaha♬ …..Wiii – ⚡ 𝕵𝖊𝖘𝖚𝖘⚡
Bukan sahaja anak yang kedua ini mempunyai wajah ala-ala Korea, malah ayah ini juga berseloroh bahawa anak pertamanya juga ibarat ‘terkenan.
Wajah anak kedua mirip anak pelakon Korea
@bapaknsuami0rang##LeeMinDo sama ke? 🤣😜❤️❤️❤️♬ I Get So Weak – larissalambert
Benarlah kata orang wujud pelanduk dua serupa. Ayah ini juga berkongsikan bahawa anak keduanya itu dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan anak aktres Korea, Lee Mi Do. Kalau dilihat dari segi wajah, mata serta kulit yang putih gebu, memang sama!
Yang mana satu anak Korea yang betul ni?
‘KENA TENGOK LEE MIN HO HARI HARI’
Bukan itu sahaja, sudah pastinya ramai dalam kalangan warganet yang meninggalkan komen di profil ayah ini. Ada juga yang bergurau bahawa mereka akan menonton K-Drama sepuas-puasnya sekiranya hamil pada masa akan datang.
Bersemangat betul!
Sumber: Tiktok Bapak&SuamiOrang