Didik

‘Cerianya Si Kembar Mengaji!’ Dr Sheikh Muszaphar Kongsi 10 Tips Anak Minat Belajar Sejak Kecil

774
SHARES
tips anak minat belajar

Bagi yang mengikuti perkembangan angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar tentu tak asing lagi dengan keletah si kembar Adam & Noah yang selalu dikongsikan oleh beliau.

Terkini, si kembar tersebut telahpun memulakan kelas mengaji (Kelas Mengaji Baghdadi) seawal usia 3+ tahun.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau meletakkan matlamat untuk setiap anak-anaknya dapat khatam al-Quran pada usia 6 tahun, seperti mana yang telah berjaya dilakukan oleh anak sulung beliau Tasha dan anak kedua beliau, Bella.

Kata Dr Sheikh Muszaphar lagi, si kembar berdua memang seronok sangat sampai tak nak balik!

Suka belajar, suka menimba ilmu, suka berinteraksi, suka bergaul, tak berkerenah dan riang sentiasa – Alhamdulillah – itulah watak si kembar Adam & Noah.

Rata-rata ramai warganet amat terhibur dan gembira melihat perkembangan mereka. Ada juga yang bertanya bagaimana cara nak buat anak minat belajar macam Adam dan Noah?

Dr Sheikh Muszaphar kongsikan 10 tips anak minat belajar yang menarik dan amat berguna untuk kita praktikkan sebagai ibu bapa.

10 Tips Buat Anak Minat Belajar – Dr Sheikh Muszaphar

Mudah apabila anak anak bersemangat untuk ke ke kelas.

Tak berkerenah
Tak tantrum
Tiada masalah
Alhamdulillah – Daddy pun tak rasa bersalah .

Rahsianya…?

  1. Amalkan sikap belajar dan menimba ilmu sejak dari kecil lagi.
    Kalau anak dah terbiasa, mereka tidak akan berasa janggal untuk mempelajari sesuatu.
  2. Beritahu sehari sebelum bahawa mereka akan pergi ke kelas tersebut.
    Ceritakan kepada anak anak suasana yang akan mereka lalui di tempat pembelajaran . Sebab anak anak tak suka akan kejutan atau sesuatu yang baru.
  3. Pergi bersama anak-anak.
    Mereka akan berasa lebih confident sekiranya ada IbuBapa turut bersama.
    Tunjukkan sokongan terhadap anak anak.
    Lazimnya anak anak memerlukan kehadiran IbuBapa 2-3x sebelum timbul keyakinan diri .
  4. Kelas yang menyeronokkan.
    Selidik untuk mengetahui aktiviti dan teknik yang diajar . Amat penting untuk anak anak diajar dalam persekitaran yang ceria dan menyeronokkan . Sudah pastinya mereka bersemangat untuk kembali …
  5. Bercerita aktiviti yang dilakukan.
    Selalu tanya anak anak aktiviti yang dilakukan.
    Banyak perkara yang dapat diketahui melalui perkongsian anak anak di kelas .
  6. Guru memainkan peranan
    Dapatkan guru yang berpengalaman dalam mendidik anak-anak.
    Penyayang, mengambil berat, prihatin dan yang memahami akan membuatkan anak anak seronok untuk belajar.
  7. Tidur awal
    Rehat yang secukupnya akan membuat anak cergas dan ceria.
    Pastikan anak anak tidur awal supaya mereka bersedia untuk keesokan hari.
  8. Kelengkapan yang secukupnya
    Kasut , Alatulis dan beg – Adam & Noah seronok apabila memiliki peralatan tersendiri.
    Mereka akan menyimpan alat tersebut dalam beg masing masing untuk persedian keesokan hari.
  9. Sarapan Pagi
    Pastikan si kecil mendapat sarapan yang secukupnya untuk terus bertenaga di kelas .
    Sediakan bekalan makanan dan air untuk dibawa agar tidak lapar kemudian hari.
  10. Perjalanan ke kelas dengan penuh aktiviti.
    Menyanyi bersama, bercerita dan gelak tawa dalam kenderaan ke kelas adalah sesuatu yang pasti buat si kembar.

Sumber: https://www.facebook.com/drsheikhmuszaphar/posts/272441967572538

Nampak ceria mereka nak ke kelas mengaji kan?

Semoga tips anak minat belajar ini dapat dijadikan panduan untuk kita mendidik anak-anak kita di rumah juga.

Jom kongsikan agar lebih ramai dapat memanfaatkannya bersama.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×