Nur

Ibu Kongsi Tips Ajar 7 Anak Perempuan Pakai Tudung Sejak Kecil

372
SHARES

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna.

Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah dalam hal pendidikan anak-anak.

Mendidik anak menutup aurat adalah antara tanggungjawab ibu bapa yang perlu dijalankan tak kiralah pada anak lelaki mahupun perempuan.

Walaupun pada usia baligh baru mereka wajib menutup aurat, tak salah mengajar mereka dari kecil supaya mereka tak kekok apabila besar nanti.

Dalam artikel ini kami paparkan tips daripada seorang ibu, Puan Shaeriani A Hamat, yang berkongsi tips mendidik bukan seorang, tetapi 7 orang anak perempuan memakai tudung dari kecil.

Jom ikuti tips beliau selengkapnya di sini.

TIPS MENGAJAR 7 ANAK PEREMPUAN PAKAI TUDUNG DARI KECIL

Sebenarnya tiada tips gempak mana pun. Saya cuma nak kongsi sedikit sebanyak dari pengalaman saya mama kepada 7 anak perempuan..

Jom kongsi untuk yg ada anak perempuan..

PERTAMA:

Pakaikan tudung seawal umur mereka. Beli la saiz yang bersesuaian dengan mereka.

Tapi saya beli saiz sama jer untuk 6 orang anak sy ..sebb beza umur diaorg lbh kurang jer …

KEDUA

Paling penting konsisten suruh pakai setiap kali keluar rumah. Konsisten sangat penting.

Lagi-lagi masa awal nak ajar mereka . Biasanya anak Keluar jek wajib pakai. Jangan onn off pulak. Ahamdulilah mesti boleh punya..

KETIGA

Time ajar tu bgtau mereka pakai tudung bukan mama dan papa yg suruh pakai, tapi Allah SWT yang suruh pakai.

KEEMPAT

Untuk yg dah besar terapkan n terangkan dengan siapa kena tutup aurat.

Kalau yang no 6 tu tak faham sangat sebab masih kecil. Pening pulak lau diterangkan bnyk2 pada dia nanti.

Yang penting keluar rumah kena sarung tudung. Yg dh besar boleh dah ajar. Dengan sepupu kena tutup aurat dll.

KELIMA

Time nak shopping tudung untk anak saya akan tanya diaorg jenis mana n color apa yang mereka suka …tapi perangai saya mmg saya suka beli sama jer sedondon..hehehehhee

Ajarilah anak-anak anda dari dorang kecil. Dari umur mereka tak pandai argue lagi kenapa kena pakai tudung.

Bila dah tahap dorang banyak persoalkan macam-macam, masa tu dah mencabar untuk dorang konsisten pakai.

Serius cakap bila sesuatu perkara sudah sebati dengan mereka. Kita tak perlu nak suruh dan paksa-paksa dah.

Sekarang semua anak perempuan sy semua dah lekat berTUDUNG… Alhamdulilah

Nanti ada rezeki BOBOI ke 8,9,10 pakai kopiah pulak…

Semoga bermanfaat!

*Kredit: Shaeriani A Hamat

To Top
SKIP THIS AD ×